Drama Perempuan Itu tidak akan ditayangkan buat masa ini

loading...

Foto tular


Satu sumber yang rapat dengan stesen televisyen swasta memaklumkan, drama Perempuan Itu tidak akan ditayangkan pada masa ini ekoran tindakan pelakon Zul Ariffin yang memuat naik babak panas dalam drama itu sehingga mencetuskan kemarahan masyarakat. 


Difahamkan, drama tersebut sepatutnya disiarkan pada April ini di TV3 pada bulan Ramadan. Malangnya perancangan itu tergendala disebabkan kontroversi itu dan tidak tidak pula menyatakan sama ada drama itu akan ditayang pada masa akan datang. 


Drama Perempuan Itu diarah oleh pengarah Ain Sharif, hasil skrip karya dari Erma Fatima, yang dibintangi oleh Zul Ariffin, Mimi Lana dan Siti Hariesa. 


Beberapa minggu lalu, Zul memuat naik babak panas tersebut di Instagramnya yang menunjukkan dia bersama Siti Hariesa sedang melakonkan adegan menyerupai filem lucah. 


Bagaimanapun, video tersebut dipadamkan setelah mendapat kecaman ramai. Zul juga tampil memohon maaf di atas kesilapannya itu dan berjanji akan lebih berhati-hati selepas ini.


Sumber: Malaysiakini

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close