Hari ke-12 berpuasa, statistik dari open source menunjukkan kes keracunan makanan meningkat lebih dari 100 kes di seluruh negara berpunca dari makanan yang dibeli dari bazar Ramadan.
Tular di media sosial kini, seorang pengguna mendakwa juadah berbuka yang dibelinya dari Bazar Ramadan Putrajaya sudah tercemar dan mengandungi banyak ulat.
Menurut Meximus, dia berkunjung ke bazar tersebut pada jam 5.21 petang Rabu, 13 April 2022 dan singgah di satu gerai menjual mee yang dikunjungi ramai pelanggan.
"Saya pergi ke gerai yang paling viral. Diorang ramai pekerja, potion makanan yang diberi pun banyak. Saya beli satu juadah saja sebab tak nak membazir. Saya siap minta cili potong lagi.
"Tengoklah sotong yang diberi sebesar alam, panas-panas lagi. Tak tipu, pukul 5.20 petang saya beli dengan harga RM30," katanya.
Bagaimanapun, apa yang mengejutkan Meximus adalah, juadah itu mengandungi ulat dan dia mengakui hampir termakan mee itu. Namun dia bernasib baik kerana ternampak ulat-ulat itu mengensot dengan begitu meriah di atas lauk sotong tersebut.
@meximus_takasima33 Tolong jaga kebersihan makan #bazarramadanputrajaya #putrajaya #perbadananputrajaya #fyp ♬ original sound - mexsimustakasima33
"Ada ulat.. kalau RM30 tak sedap, saya boleh terima. Tapi RM30 dapat (juadah) berulat untuk berbuka puasa...? Lihatlah sendiri (ulat-ulat itu)," katanya.
Kesal dengan penemuan yang menjijikkan itu, Meximus menggesa pihak Perbadanan Putrajaya menyiasat dan mengambil tindakan terhadap peniaga berkenaan bagi mengelakkan pelanggan lain menjadi mangsa keracunan makanan.
"Kepada Perbadanan Putrajaya, tolonglah check kedai. Kasihan kalau pengguna yang lain, kasihan kalau budak-budak termakan benda-benda macam ni. Nasib baik saya pasang lampu terang, tengok-tengok ada ulat," katanya.
Sumber: TikTok Meximus
0 comments:
Post a Comment