Tular di media sosial video menunjukkan seorang wakil rakyat mempertikaikan tindakan seorang guru di hadapan pintu masuk sekolah, tidak membenarkan kenderaan ibu bapa pelajar masuk ke kawasan sekolah.
Menurut sumber, wakil rakyat berkenaan meminta kenderaan ibu bapa pelajar dibenarkan masuk untuk menurun/mengambil pelajar bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di hadapan sekolah itu.
Bagaimanapun, guru wanita terbabit tidak dapat memberi kebenaran itu kerana atas beberapa sebab tertentu yang berkaitan dengan soal keselamatan.
Wakil Rakyat: "Benarkan kenderaan ibu bapa pelajar masuk."
Guru: "Tak boleh. Maaf, kereta ibu bapa pun tak boleh masuk."
Wakil Rakyat: "Kenapa?"
Guru: "Awak beritahu saya kenapa awak nak masuk?"
Wakil Rakyat: "Kenapa tak boleh masuk? Awak beritahu saya dulu."
Guru: "Siapa nak jamin keselamatan murid? Awak boleh jamin?"
Wakil Rakyat: "Saya jamin. Keselamatan murid? Tahu tak awak sedang menghalang lalu lintas?"
Guru: "Kami tak menghalang lalu lintas, tengok mereka."
Wakil Rakyat: "Jika awak benarkan kereta buat satu pusingan dalam sekolah, kesesakan lalu lintas akan berkurangan. Kenapa awak begitu pentingkan diri? Inikah yang dinamakan pendidikan?"
Guru: "Tengoklah, awak sendiri yang meninggikan suara."
Wakil Rakyat: "Sedangkan pihak sekolah di sana cakap okay. Kami dah buat banyak kerja naik-taraf, tetapi pihak sekolah tak nak buka pagarnya."
Guru: "Ada kaitan dengan pagar ke?"
Wakil Rakyat: "Nampak tak betapa besarnya kawasan ini, tapi di luar sana sesak sampai macam tu. Apa yang awak maksudkan dengan keselamatan sekolah? Pergi tengok sendiri."
Guru: "Boleh cakap baik-baik tak? Tak ada adab. Tolong bawa bertenang dulu kemudian baru bercakap dengan kami. Awak seorang YB tetapi meninggikan suara begini."
Pergi bergaduh dengan cikgu awal pagi bawa reporter konon nak tunjuk hero. tak puas hati pergi jumpa pengetu. 2-2 pihak kena berbincang, bukan senang2 ubah prosedur. YB taknak jem kat luar sekolah, dan pihak sekolah kena utamakan keselamatan pelajar dalam kawasan sekolah juga. pic.twitter.com/cmkwyyTyZz
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) April 13, 2022
Tindakan tidak beradab wakil rakyat berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial yang menganggapnya langsung tiada hormat terhadap guru sehingga sanggup meninggikan suara.
Lebih teruk lagi, kehadirannya ke sekolah tersebut dilihat sengaja menimbulkan masalah dengan membawa beberapa individu yang dipercayai wartawan dan seolah-olah mahu menjadi 'hero' dalam hal tersebut.
"Pergi bergaduh dengan cikgu di awal pagi, siap bawa reporter konon nak tunjuk hero. Kalau tak puas hati, pergi berjumpa dengan pengetua untuk berbincang. YB tak nak jem di luar sekolah, tapi pihak sekolah juga perlu mengutamakan keselamatan pelajar dalam kawasan sekolah juga," kata pengendali Twitter Malaysia Most Viral.
"Itu kawasan dalam sekolah dan sekolah mempunyai hak untuk menjaga keselamatan para pelajarnya. Awak sebagai wakil rakyat sepatutnya datang berjumpa dengan pihak sekolah dan cadangkan cara untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di hadapan sekolah. Siapalah undi dia ni jadi wakil rakyat?" soal Sam.
"Kalau dibenarkan masuk pun, kalau anak belum keluar dari kelas macam mana? Kenderaan ibu bapa pelajar lain pun sangkut nak masuk sebab anak awak tak keluar lagi dan awak pula malas nak pusing sekali lagi. Tak fikir ke YB?" kata Dan.
Apa pandangan anda? Kongsikan dengan kami di Facebook dan Instagram The Reporter.
0 comments:
Post a Comment