Foto hiasan | Harian Metro |
Utusan Malaysia pada Isnin, 11 April 2020 melaporkan, pengunjung bazar Ramadan pada tahun ini merungut kerana terpaksa berbelanja lebih dari RM20 seorang untuk membeli juadah berbuka.
Pengunjung bazar Ramadan Stadium Shah Alam, Syazawana Zabidi, 34, berkata, dia mengeluarkan belanja sebanyak RM30 untuk membeli sekeping iza, sebotol besar air tebu dan beberapa keping kuih-muih.
Sebotol besar air tebu katanya dijual dengan harga RM10 berbanding harga sebelum ini hanyalah RM8. Dia turut mengakui harga makanan dan minuman di bazar sememangnya mahal.
Bagi Mohamad Zulfakar Rashid, 38, pula berkata, hampir keseluruhan juadah berbuka di bazar berknaan adalah mahal berikutan harga bahan mentah yang naik secara mendadak.
"Tapi apa boleh buat, lebih-lebih lagi kenyataan Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini yang mengakui kerajaan tidak berkuasa untuk mengawal harga makanan yang sudah dimasak oleh peniaga," kata jurutera berkenaan.
Tinjauan wartawan Utusan Malaysia melaporkan, beberapa jenis makanan dan minuman di bazar berkenaan mengalami kenaikan harga. Antaranya, sebungkus besar air tembikai dijual dengan harga RM5 berbanding RM3 sebelum ini, roti john yang dahulu berharga RM5, kini dijual dengan harga RM8-10.
Sumber: Utusan Malaysia
0 comments:
Post a Comment