'Saya tiada kuasa berbuat demikian' - Zahid nafi dakwaan melindungi Siti Bainun

loading...



Kes remaja Sindrom Down, Bella, didera pengasas Rumah Bonda masih hangat dibincangkan di media sosial. Terbaru, timbul dakwaan yang mengatakan pengasas berkenaan, Siti Bainun, adalah anak angkat kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


Menurut pengendali Facebook Bomoh Bursa, Siti Bainun adalah individu yang menguruskan dana Yayasan Akal Budi dan NGO-NGO untuk derma-derma politik. 


"Dalam UMNO, dia dikenali sebagai anak angkat Presiden UMNO Zahid Hamidi. Dengar dulu, dia nak berkahwin dengan anak angkat lelaki Zahid. 


"Clear? Ni tok nak cerita sikit. Kalau kau ada pegang rahsia-rahsia dan duit ahli politik warlord ni, mestilah kau akan dijaga dan dipastikan selamat. Betul tak?" tulisnya. 



Turut disertakan, beberapa gambar Siti Bainun bergambar bersama keluarga Zahid, hadir pada program Puteri UMNO dan pernah diberi Anugerah Khas Ikon Wanita Muda Pergerakan Puteri UMNO Malaysia pada November 2016.





Sebelum ini di media sosial, netizen mempertikaikan tindakan Siti Bainun mengupah 10 peguam untuk mewakilinya dalam kes menentang dakwaan kes dera terhadap Bella. Hal itu juga menimbulkan persoalan netizen dari mana datangnya kemampuan mengupah sebegitu ramai peguam. 


Bagaimanapun, Zahid Hamidi tampil menjelaskan bahawa dia tidak melindungi Siti Bainun seperti yang didakwa. Malah gambar yang tersebar di media sosial itu kini, hanyalah sekadar memenuhi permintaan orang ramai yang mahu bergambar dengannya. 


"Dakwaan saya cuba mempengaruhi mahkamah dalam perbicaraan kes Bella juga tidak masuk akal. Bagaimana saya boleh melakukannya? Walhal yang menuduh juga tentu tahu saya tiada sebarang kuasa berbuat demikian.


"Jika benar saya mempunyai keupayaan seperti itu, bukankah lebih baik saya 'melindungi' kes saya," katanya. 


Sumber: Facebook Bomoh Bursa, Astro Awani

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close