ADUN Kelantan kena scam RM84,529 oleh 'Pegawai LHDN'

loading...



Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan dilaporkan menjadi mangsa scam dan mengalami kerugian RM84,529 selepas diperdaya sindiket tersebut, baru-baru ini.


Ahli Politik berusia 50-an itu hanya menyedari dirinya ditipu selepas menyemak baki akaun banknya di Bank Islam dan Bank Muamalat. 


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kelantan, Asisten Komisioner Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, siasatan pihaknya mendapati mangsa terdahulu menerima panggilan dari seorang lelaki yang mendakwa dirinya adalah pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). 


Suspek memaklumkan, mangsa mempunyai tunggakan cukai berjumlah RM52,900 yang membabitkan cukai terkumpul disebabkan kemasukan wang tunai RM200,000 ke akaun syarikat milik mangsa. 


Mangsa bagaimanapun menafikan perkara itu. Suspek kemudian meminta mangsa membuat laporan polis dan talian terus disambung ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka. 


Mangsa diminta mengesahkan segala pemindahan wang tersebut adalah tidak benar dan talian sekali lagi disambung kepada seorang wanita yang kononnya merupakan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Melaka bergelar Datuk. 


Mangsa diminta membuat pengesahan akaun miliknya dengan mengisi maklumat di link 'Bank Negara' yang diberi melalui aplikasi WhatsApp. 


Keesokan harinya jam 10.30 pagi, mangsa pergi ke Bank Islam untuk menyemak baki akaun dan membuat kad bank baharu, terkejut apabila mendapati baki wang dalam akaun berkurangan sebanyak RM71,480. 


Mangsa kemudian pergi ke Bank Muamalat untuk membuat kad bank baru dan juga dimaklumkan baki akaunnya berkurangan sebanyak RM13,049 yang dikeluarkan melalui dua transaksi. 


Jumlah keseluruhan duit mangsa yang hilang adalah sebanyak RM84,529. Ekoran kejadian itu, mangsa tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu untuk tindakan lanjut. 


Polis sedang menjalankan siasatan dan mengesan suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close