Foto Hiasan | B'Online |
Suku pertama tahun 2022 menyaksikan beberapa barang keperluan asas rakyat mengalami kenaikan harga secara mendadak. Apabila kerajaan menjelaskan kenaikan itu berlaku disebabkan faktor-faktor tertentu, rakyat tidak dapat menerimanya kerana merasakan alasan itu tidak masuk akal.
Isu kenaikan harga barang semakin membimbangkan apabila kerajaan dilihat seperti gagal mengawal trend kenaikan harga yang menyebabkan ada peniaga yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menaikkan harga sewenang-wenangnya.
Tidak terkecuali, harga pakaian raya yang dijual dengan harga 'luar biasa' tatkala menjelang bulan Ramadan dan Syawal, berbanding sambutan Tahun Baru Cina dan Deepavali yang tidak mengalami isu ini.
Ada laporan mengatakan ramai peniaga mula meletakkan harga sesuka hati pada pakaian raya yang dijual sehingga mencecah ratusan ringgit sepasang. Namun ketika ditanya, peniaga mengatakan mereka hanya meraih keuntungan sedikit sahaja. Keuntungan sedikit atau keuntungan melebihi 300 kali ganda?
Apatah para peniaga sudah menjangka orang ramai akan berbelanja lebih pada bulan Ramadan tahun ini susulan kerajaan membuat keputusan membenarkan rakyat membuat pengeluaran kali ketiga wang simpanan RM10,000 dari KWSP, selain melepaskan 'rindu dendam' setelah dua tahun dikurung dek pandemik Covid-19.
Justeru, rakyat mula mempersoalkan dimanakah silapnya sehingga isu kenaikan harga ini berlaku. Apakah disebabkan kurangnya pemantauan dari pihak berkuasa atau peniaga yang semakin tamak haloba?
Apa pandangan anda? Kongsikan dengan kami di ruangan komen Facebook dan Instagram The Reporter.
0 comments:
Post a Comment