'Undang-undang Sirim dilakukan untuk banteras face mask kualiti hauk di pasaran' - Jovian Mandagie

loading...



Di kala negara-negara lain mula memansuhkan peraturan berkaitan dengan wabak Covid-19 seperti memansuhkan kewajiban pemakaian pelitup muka ketika berada di tempat awam, Malaysia masih lagi mengenakan peraturan tersebut demi mengekang penularan virus penyakit berbahaya tersebut.


Minggu lalu, SIRIM mengeluarkan kenyataan bahawa pengilang atau pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu mendapatkan perakuan dan penandaan SIRIM bermula 4 Julai. 


Bagaimanapun, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menangguhkan penguatkuasaan itu susulan mendapat banyak bantahan dari rakyat. 


Tiga hari lalu, pereka fesyen Datuk Jovian Mandagie memuat naik kenyataan yang menyokong perlaksanaan penguatkuasaan tersebut yang dikatakan mampu membanteras pelitup muka yang tidak berkualiti di pasaran. 


Dalam masa yang sama, menantu kepada PErdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu turut memberi jaminan kepada orang ramai bahawa produk pelitup muka yang dikeluarkan oleh syarikatnya adalah selamat dan mendapat perakuan daripada pihak berkuasa. 


"Tak perlu panik, undang-undang ini hanya akan dilaksanakan mulai 4 Julai. Ramai yang tanya, 'Jovian Mask macam mana, tak ada sirim, tak selamat dipakai'. 


"Jovian mask adalah sangat selamat dipakai, malah diiktiraf oleh Medical Device Authority (MDA) sejak 2020. Gunakan tanpa rasa was-was. 


"Undang-undang Sirim dilakukan untuk membanteras pelitup muka kualiti hauk di pasaran. Terutamanya pelitup muka yang tak ada sijil MDA. Jadi di masa depan, sama ada awak ada sijil MDA atau SIRIM barulah awak boleh jual pelitup muka. Pengguna pun boleh pilih dengan bijak," tulisnya yang turut menyatakan pihaknya sedang dalam proses mendapatkan perakuan SIRIM. 




Sementara itu di ruang komen, netizen memberikan respon jujur kepada pereka fesyen berkenaan. 


"Ini sudah melampau. KKM pun bagi je pakai mask kain ke, hauk ke dan negara lain pemakaian mask pun dah jadi pilihan masing-masing. Sibuk nak bisnes bisnes la, tapi kalau dah bercable bagai nak sirim la, apa la, nak denda la, kau dah kenapa? Tak cukup kaya? Hilang sabar Ramadan baca story ni," kata Haneesuki. 


"Dari tahun 2020 sampai ke 2022 pakai mask tak ada Sirim elok je. Kalau pakai mask yang ada sirim, memang confirm boleh turunkan kes Covid-19 eh? Ada je cara kerajaan nak menyusahkan rakyat. Padahal negara lain dah tak perlu pakai mask pun untuk outdoor," kata Wynader Aziz. 


"Kenapa sudah peringkat endemik baru nak tegaskan begini? RM100,000 saman pula tu. Macam mana dengan rakyat marhaen yang selalu guna mask kain tu nanti? Tolong kirim salam saya kepada bapa mentua awak. Saya bersedia menerima kecaman," kata Mazela Kamaruddin. 



Sumber: Instagram Jovian Mandagie

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close