Aiman Layak Dapat Bayaran Tinggi

loading...

Penyanyi lagu Ku Rela Dibenci, Aiman Tino yang dikatakan mengenakan bayaran tinggi dalam persembahannya menimbulkan rasa kurang senang pihak pengurusannya.

Menurut pengurus Aries Music, Mahadhir Mohamad, Aiman Tino layak menerima bayaran yang tinggi kerana popularitinya, nilai komersial dan permintaan yang tinggi terhadapnya.

“Kami meletakkan kadar bayaran mengikut kemampuan penganjur, di mana salahnya?

“Perkiraan yang kami buat berdasarkan kaedah ekonomi iaitu selagi ada demand (permintaan), selagi itulah wujudnya supply (penawaran).

“Pada masa ini jadual Aiman sangat padat. Setiap minggu ada sahaja program yang perlu dihadirinya. Ini menunjukkan dia mempunyai nilai untuk mendapat bayaran yang tinggi,” katanya kepada mStar Online.

Terdapat juga dakwaan yang menyatakan Aiman Tino meletakkan bayaran sehingga mencecah RM12,000 bagi persembahan di Semenanjung dan RM14,000 jika perlu membuat persembahan di Sabah atau Sarawak.

Bagaimanapun, kadar bayaran itu didakwa bertentangan dengan apa dikatakan bapa Aiman, Yusri Ishak bahawa mereka tidak meletakkan kadar tinggi dan sanggup menerima serendah RM1,500 untuk sesebuah persembahan.

Dalam pada itu jelas Mahadhir, penentuan harga tidak dibuat secara tetap, malahan sebaliknya berdasarkan kepada beberapa pertimbangan tertentu.

“Yang paling penting kami perlu jaga tahap kesihatan Aiman sendiri. Semua jadual Aiman disusun mengikut kemampuan dirinya sendiri.

“Selain itu kami juga buat pertimbangan mengikut budi bicara. Aiman juga hadir ke majlis yang hanya diberi token RM1,000 hingga RM2,000.

“Tapi takkan pula harga sama perlu diletakkan bagi syarikat korporat yang jemput buat persembahan majlis makan malam? Tak logik dan pada masa sama ia seperti merosakkan harga pasaran,” jelasnya.

The post Aiman Layak Dapat Bayaran Tinggi appeared first on The Coverage Edisi BM.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close