Pelajar Lapor Polis Didenda Pakai Kain Sarung

loading...

Seorang pelajar tingkatan dua dari Sekolah Menengah Bukit Sentosa, Hulu Selangor membuat laporan polis, gara-gara tidak berpuas hati apabila didenda memakai kain sarung oleh guru disiplin.

Pelajar pada Selasa, mendakwa telah dipanggil guru disiplin selepas habis perhimpunan sebelum mengarahkannya memotong seluar sekolah dipakainya dipercayai tidak ikut kod etika pakaian sekolah.

Jelasnya, guru disiplin berkenaan kemudian mendendanya dengan menyuruhnya memakai kain sarung serta menyatakan akan memulangkan semula seluar sekolah itu selepas hampir tamat waktu sekolah.

Namun, setelah habis waktu sekolah kira-kira 6.30 petang, dia bagaimanapun dimaklumkan oleh guru lain bahawa guru disiplin tersebut telah pulang ke rumah.

Sementara itu, guru berkenaan kemudian menyuruhnya agar balik ke rumah dengan memakai kain sarung tersebut memandangkan kunci bilik disiplin pula tiada.

Ekoran kejadian itu, pelajar lelaki berkenaan membuat laporan polis agar perkara ini dapat dirujuk kepada pihak sekolah dan pejabat pendidikan daerah.

Laporan polis pelajar berkenaan turut menjadi tular menerusi laman sosial dan menjadi bahan ketawa ramai netizen.

Majoriti netizen menyelar pelajar menyifatkan manja sehingga perkara remeh seperti ini dibawa kepada pihak polis.

The post Pelajar Lapor Polis Didenda Pakai Kain Sarung appeared first on The Coverage Edisi BM.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close