Desperate Nak Intern

loading...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Hai , admin ! Hari ni sis nak confess sikit lah, harap sangat admin post . sis ni seorang mahasiswi di salah sebuah IPTA di Malaysia, dan sis sekarang ni dah hampir semester akhir jurusan kejuruteraan mekanikal. sis akan intern pada bulan jun ni sehingga ogos, estimation lebih kurang dalam dua bulan setengah macam tu tempoh sis nak intern.

dan sekarang ni, sis tengah bersedih sebab masih tak dapat lagi tempat intern. kawan-kawan sis kebanyakkan dah dapat tempat intern, dan situasi ni membuatkan sis lagi stress dan berdebar-debar takut tak dapat tempat intern, sebab masa tinggal sebulan lebih je ni . huhu . jadinya, sis nak cerita sikit kisah sedih sis ni .

syarikat pertama yang sis approach, sis mmg nak kat situ sebab tempatnya dekat dengan rumah walaupun takda elaun, sis tak kisah. sebelum sis apply situ, sis ade call dan dia cakap ” ye ye kami memang terima pelajar utk praktikal “, dengan nada bersungguh dia buat sis yakin dia akan terima sis, lagii pulak tempat sis tu memang kurang pelajar u, so tak berebut sangat kalau intern, cuma tempat utk intern agak terhad kat situ. lepas sis dah pergi print surat u semua, dan pergi pejabat dia tu untuk hantar sgala resume, tiba-tiba dia cakap yang company dia tak ambil dah budak praktikal. sis dengan patah hatinya cakap, kalau macam tu hantar balik rejection letter pada u sis. satu kuota untuk keluarkan surat fakulti sis burn macam tu je .

syarikat kedua sis, macam biase sis call dulu samada terima atau tak. and macam operator yang company first tu ” ye ye kami terima “, dengan nada beria macam nak ambil sis. tiba2 masa hari sis nak hantar segala resume semua, dia cakap tak terima mekanikal perempuan. sekali lagi hati sis patah berderai-derai. kuota kedua sis pun burn macam tu je.

syarikat ketiga sis, sis mintak jauh sikit, tapi dekat lah dengan rumah adik beradik sis, sis call lah dulu company dia, dan bercakap dengan HR dia politely. lepas dah hantar semua resume, segala benda, sis tunggu, every two week sis follow up dia punya company. call macam mana proses permohonan sis, tahu ayat ape dia ulang-ulang ? ” company kami takde kekosongan lagi buat masa ni , nanti kalau ade kekosongan kami cuba masukkan”, dan benda ni dia punya HR asyik duk ulang-ulang sampai dua bulan lebih. kalau tak nak cakap tak nak ! hantar balik rejection letter.

so , disebabkan dah sebulan berlalu , satu kuota untuk apply syarikat untuk sis baru boleh dibuka. dan sis try mintak yang biase2 je, sebab pointer sis takde lah kebaboom sangat nak mintak Petronas semua tu , lagipun sis ni lepasan matrik ja, takde pengalaman special. sis sedar diri , sebab tu sis tak apply kat syarikat besar-besar. dan yang sis try minta baru ni pun macam tu jugak , dah dekat sebulan tak nak bagi respon ape-ape.

sis nak bagi pesanan sikit lah pada sesiapa yang bergelar HR atau golongan yang menguruskan pelajar intern, kami faham tugas korang sebagai HR dan kami faham kalau korang pun busy. tapi kami pun busy, dengan test assignment project. kalau tak nak terima kami untuk intern, direct reject terus. so kami tahu kami kene cari syarikat lain. ini buat kami tertunggu-tunggu sampai berbulan-bulan, kami nak jawab test, nak present, nak buat final project pun tak tenang sebab tak dapat jawapan lagi. kalau tak mampu senangkan , jangan susahkan.

Last, kalau tempat kerja korang ada memerlukan pelajar intern untuk jun sampai ogos ni, komen lah , mana tahu korang mencerahkan masa depan sis dan golongan senasib dengan sis yang nak praktikal ni. Semoga Allah membalas budi baik kalian.

– Sistur

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close