Sikap 

loading...

Hi. Apa yang saya ingin katakan di sini ialah merupakan perkara biasa yang sentiasa berlaku di depan mata saya, atau mungkin di depan mata kalian.

Saya merupakan seorang cashier. Menjadi seorang cashier itu bukan mudah kerana pekerjaan ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Perlu menghadapi pelbagai ragam customer.

Apa yang saya ingin katakan ialah, sikap sesetengah customer. Yang. Malas. Mengapa saya katakan mereka ini pemalas? Saya pernah berhadapan dengan pelbagai customer dan hampir kesemua MALAS bawa bakul.

Mereka sering membawa barang dengan banyak sampai tidak menang tangan dan bila sampai di kaunter, mereka dengan mudahnya meneraburkan barang mereka di atas kaunter.

Bila ditanya “mengapa tidak bawa bakul sekali? Bukannya itu lebih memudahkan kamu untuk membawa barang? ” mereka dengan mudahnya menjawab “MALAS” dengan tersengih sengih.

Bukan nya bakul tidak disediakan oleh supermarket. Bukan nya tidak ada trolley untuk membawa barang. Tangan kalian akan patahkah jika membawa bakul? Tujuan bakul itu disediakan untuk memudahkan kalian untuk membawa barang. Jadi, kalian boleh ber’shopping’ dengan selesa.

Kamu orang bawa barang dengan banyak dengan hanya menggunakan tangan.jika kamu ada pegang barang berkaca, contohnya, botol sos, kemungkinan barang ITU untuk jatuh adalah tinggi. Jadi, sudah menyusahkan kami dan kamu sendiri. Satu, kamu akan membayar ganti rugi kedua, kami yang akan membersihkan sisa tersebut. Tidakkah ia akan menyusahkan semua orang?

Kemudian, jenis customer kedua, suka ambil barang lepas ITU cakap macam ini “dik, akak tinggal barang sini dulu ya? Nanti akak datang lagi. Kamu scan lah dulu ye?” Kamu ingat dengan berbuat demikian akan memudahkan kerja kami? Tidak. Kamu hanya menyusahkan kami. Customer lain pun berasa tidak selesa tengok kamu yang pentingkan diri sendiri. Jadi, kenapa tidak gunakan bakul? Kenapa? Kenapa?

Orang pun ingin cepat juga. Kamu ingat kamu letak barang dulu atas counter ingat boleh cop counter eh? Macam itu kah? Orang lain beratur panjang, kamu boleh potong barisan orang sebab kamu fikir barang kamu sudah ada di depan, jadi kamu pun tidak perlu beratur?

Ketiga, customer yang suka buang resit dalam bakul. Saya sering melihat customer lepas dapat baki dan resit, mereka terus buang dalam bakul supermarket. Encik/Puan, mata kamu orang ada masalah kah? Kamu tengok itu bakul macam tong sampah kah? Bakul itu disediakan untuk membawa barang, bukan pakai buang resit. Kadang sengaja biarkan resit itu berterbangan.

Salahkah kamu cakap dengan cashier, kamu tidak mahu resit? Boleh cakap elok-elok kan? Tidak susah.

Akhir sekali, customer yang suka campak/lempar duit. Ini perkara biasa lah yang sering berlaku antara cashier dengan customer. Saya rasa tidak salahkan kalau customer beri duit dengan bagus? Duit bah itu kamu buat macam itu. Saya tahu. Kamu kaya. Tetapi tidak perlu main campak. Kurang ajar.

Kamu tidak tahu betapa susahnya mencari duit. Yalah, gaji kamu orang besar. Kami ini cukup cukup saja. Tetapi tidak perlulah kamu buat kami orang macam pengemis kutip duit kamu orang itu. Orang yang rasa diri dia kaya ITU memang tidak ada adab eh, beri duit main campak?

Kalau ikutkan hati, saya pun ingin campak duit itu depan mata kamu. Tolonglah, kami pun manusia juga. Bukan robot yang tidak ada perasaan. Yang main lempar-lempar duit itu mungkin tidak pernah berada dalam tempat kami. Yalah, dah biasa hidup senang.

Saya tengok orang yang buat macam ini, semua orang yang ber’educated’, ada kerja bagus. Tetapi sikap mereka tidak menggambarkan mereka orang yang berpelajaran. Lol. Orang kampung pun tahu macam mana beri suit dengan bagus.

Lagi satu, customer yang suka complain pasal customer muka masam, tidak semua hari cashier akan senyum sentiasa.Kadang-kadang mereka pun mempunyai masalah sendiri. Mungkin mereka baru kena marah dengan customer sebelum kamu. Kena marah bos kah. Kamu apa tahu? Saya gerenti kamu àkan cakap, “be professional lah. Kalau muka masam, baik tidak payah kerja”

Tidak payah cakap macam itulah, kalau kamu kena marah oleh sesiapa pun gerenti kamu akan bad mood juga . mana ada orang lepas kena marah lalu gembira. Gila kali. Bukan saya ingin mempertahankan mereka yang berperangai macam ini. Sebab saya pun pernah bermasam muka dengan customer disebabkan customer terdahulu begitu kurang ajar ketika berurusan dengan saya. Ha.ha.ha.

Ini hanyalah pendapat saya. Nak terima boleh. Tak nak terima pun boleh. Peace.

– anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close