Pengawal Keselamatan maut dilibas dengan pedang, suspek tak puas hati ditegur menunggang motosikal secara berbahaya

loading...

Foto tertuduh (kanan) mangsa (kiri) | Izad Thaqif Hassan (Harian Metro), netizen


Seorang pengawal keselamatan berusia 58 tahun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), semalam. 


Mangsa, Ismail Ahmad, yang terdahulu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan tangan kiri akibat dilibas dengan pedang oleh penunggang motosikal, menghembuskan nafas terakhir pada jam 6 petang selepas dimasukkan ke HSAH sejak Khamis lalu. 


Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan masih dijalankan dan kes itu sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK), mungkin akan dipinda mengikut Seksyen 302 KK kerana membunuh. 


Mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya. 


Terdahulu, tertuduh, R Subramaniam, 41, mengaku bersalah di atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap mangsa menggunakan sebilah pedang. 


Mahkamah membenarkan Subramaniam diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin. Selain mengenakan syarat tambahan dengan meminta tertuduh melapor diri setiap awal bulan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda sehingga kesnya selesai. 


Mengikut fakta kes, kejadian itu berlaku pada jam 4.40 petang Khamis lalu di mana mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan tangan kiri setelah dilibas dengan pegang oleh Subramaniam yang tidak berpuas hati dengan mangsa yang menegurnya ketika dia menunggang motosikal. 


Mangsa dikatakan menegur perbuatan suspek yang dilihat menunggang motosikal secara berbahaya di kawasan tapak projek sebelum tercetus pertengkaran di antara mereka. 


Suspek kemudian beredar dan kembali dengan membawa dua lagi rakannya, lalu melibas sebilah pedang terhadap mangsa. 


Sumber: Harian Metro

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close