Pelajar form 3 pukul guru disiplin guna penyapu kerana berang rambutnya dipotong

loading...



Seorang pelajar tingkatan tiga bertindak memukul gurunya menggunakan penyapu kerana berang rambutnya dipotong. 


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, kejadian itu berlaku pada jam 12.30 tengah hari kelmarin di sebuah sekolah menengah di Bukit Sentosa. 


Guru wanita berusia 52 tahun yang juga guru disiplin itu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. 


Siasatan awal mendapati mangsa terdahulu membuat rondaan dan terserempak dengan pelajar terbabit yang berambut panjang lalu bertindak menggunting rambutnya. 


"Pelajar lelaki itu marah dan mengugut mahu membunuh. Dia kemudian bertindak memukul mangsa dengan batang penyapu. Akibat pukulan itu, mangsa cedera di mata kirinya," katanya. 


Bertindak di atas laporan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor melakukan serbuan ke rumah dan berjaya menahan suspek. 


Keputusan ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap suspek adalah negatif dan suspek juga tidak mempunyai rekod jenayah. 


Suspek direman selama dua hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Harian Metro

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close