Foto Utusan Malaysia |
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun mendedahkan, seorang pegawai dan dua anggota polis ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes kehilangan wang tunai sebanyak RM45,000 semasa melakukan serbuan di sebuah r umah di Pasir Kelang Baru, Kuala Krai, Rabu lalu.
Harian Metro melaporkan, kesemua kakitangan yang bertugas di IPD Kuala Krai itu ditahan pada jam 9 malam Jumaat lalu di daerah berkenaan.
"Pada Rabu lalu, mereka melakukan serbuan di sebuah rumah di Kampung Pasir Kelang dan hasil serbuan terbabit, seorang pemuda berusia 29 tahun ditahan dan turut dirampas 1,000 biji pil yaba.
"Bagaimanapun pada keesokannya, ibu kepada suspek yang ditahan membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Krai dengan mendakwa pegawai dan dua anggota terbabit turut mengambil wang tunai miliknya berjumlah RM45,000," katanya.
"Susulan laporan diterima, tangkap terhadap pegawai dan dua anggota terbabit dilakukan untuk siasatan lanjut," katanya.
Bertindak di atas laporan itu, pihaknya telah menahan pegawai dan dua anggota terbabit untuk siasatan lanjut. Mereka direman selama empat hari untuk siasatan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Muhammad Zaki menjelaskan, serbuan, tangkapan dan rampasan membabitkan pil yaba itu adalah benar dilakukan oleh pegawai dan anggota, tetapi disebabkan terdapat laporan yang mengatakan kehilangan wang itu, pihaknya perlu melakukan siasatan terperinci.
Segala dakwaan termasuk kehilangan wang serta dakwaan pegawai dan anggota meminta anak kunci untuk mengeledah almari akan disiasat. Pihaknya tidak akan sesekali menyembunyikan kejadian yang membabitkan pegawai dan anggotanya serta memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara telus.
Sumber: Harian Metro
0 comments:
Post a Comment