Tular di TikTok sepasang suami isteri dikatakan memakai busana yang dianggap 'overshadow' pasangan pengantin baharu dalam satu majlis perkahwinan di Georgetown, Pulau Pinang, baru-baru ini.
"Overshadowed pengantin ie.. pakai je la simple," kata Ubaid Nazar.
Namun, si suami, Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othman, 30, yang pernah tular kerana menjahit 30 pasang baju raya untuk isterinya sebelum ini, tampil menjelaskan pakaian itu dibuatnya sendiri untuk isteri bagi menghadiri majlis perkahwinan sepupu isterinya. Malah menegaskan mereka tidak 'overshadow' pengantin.
@prince.syed.shahid.real kami pengantin ❎ kami tetamu ✅ pakaian simple abam buat untuk isteri tadi sbb dapat jemputan untuk pergi kenduri kahwin di penang , Tahniah Shuhada dan hariz 🥰🥰🥰 pengantin sama cantik sama padan , moga anda berdua dilimpahkan rezeki meluas dan bahagia tanpa ada sebarang penghalang 🥰 ameeennn
♬ Selamat Pengantin Baru - Anita Sarawak
"Tak overshadow. Isteri saya siap betulkan kain dan cuba bagi pengantin nampak cantik dan perfect atas pelamin. Lagipun pengantin ada serinya dan kecantikannya terselrah. Isteri tak ada pula pakai crown macam pengantin. Baju pun simple jer, cuma meleret. Isteri saya kan tengah mengandung, jadi saya jahit dress untuk wanita mengandung," katanya.
Menurut Syed, dia mengambil masa kira-kira seminggu untuk menyiapkan pakaian isterinya dan hairan mengapa pakaian mereka di majlis itu menjadi sasaran kecaman netizen.
@prince.syed.shahid.real cintaku hingga akhir nafas sehingga ke alam sana 🥰
♬ original sound - Idris Shamsuddin
"Saya ada baca beberapa komen mempersoalkan mengapa saya tidak beli pakaian siap saja daripada membuang masa menjahit sendiri. Sebenarnya sejak dari dulu lagi saya suka menyiapkan isteri terutama pakaiannya. Jadi ia bukan satu isu.
"Kini isteri sedang hamil anak kedua dan bukan semua baju di luar sesuai dengan potongan badannya menyebabkan saya perlu menjahitnya sendiri. Lagipun saya ada kemahiran menjahit, cuma ada tidak senang.
"Ada juga komen positif dan apa yang dikongsikan ini untuk memberi inspirasi kepada suami mahupun isteri bagi menghargai pasangan mereka," katanya.
Dalam posting terbarunya di TikTok (Selasa 2 Ogos 2022), Syed Muhammad menganggap netizen yang meninggalkan komen-komen negatif di akaun media sosialnya sebagai sampah tahi.
"Alah, dah sedia maklum pun yang suka komen negatif tu tetap sampah tahi. Elehhh. Cinta adalah ruang dan waktu yang diukur oleh hati. Mungkin ketidaksempurnaan kita yang membuatkan kita begitu sempurna satu sama lain.
"So haters ni aku rasa kat titian sirat tu nanti pasti. Tak nak cakap banyak, pikir sendiri. Kadang tu kutuk hina orang, sekali tengok picture depa, Alhamdulillah heklok lagi aku," katanya.
@prince.syed.shahid.real alah , dah sedia maklum pon ,yang suka komen negetif tu tetap sampah tahi 😜🤪 ehhhhhh ..... Cinta adalah ruang dan waktu yang diukur oleh hati 🥰Mungkin ketidaksempurnaan kita yang membuat kita begitu sempurna satu sama lain. so haters ni aku rasa kat titian sirat tu nanti pasti ...... x nk ckp bnyk , pikir sendiri , kadang tu kutuk hina orng , sekali tgk pic depa , alhamdulillah heklok lagi aku 🤣
♬ original sound - bigboss
Sementara itu di ruangan komen, ada segelintir netizen mengesyaki pempengaruh berkenaan mengubah hidungnya daripada bentuk asal sehingga ia kelihatan seperti hidung watak animasi.
"Ubah ciptaan Allah itu dosa besar bro. Hidung dah rupa hidung-hidung p****n-p****n kat Thailand. Bentuk semua sama," kata Mohammad Faris yang turut disedari beberapa netizen lain.
Bagaimanapun, ada netizen yang tampil menafikan dakwaan itu dan menjawab, Syed Muhammad terpaksa mengubah struktur hidungnya kerana mengalami masalah resdung.
"Fitnah lagi dosa besar. Dia operate hidung sebab ada masalah hidung, bukan buat hidung. Adoi! Saya beritahu saja, takut jatuh fitnah," kata Shariffah Norazmiza Benyahya.
Malangnya, kenyataan Shariffah disangkal netizen yang mengatakan masalah resdung tidak memerlukan tulang batang hidung diubah sehingga menjadi mancung. Sebaliknya, hanya bahagian dalaman hidung sahaja yang dirawat.
"Kalau ada masalah resdung, pernah ke orang operation resdung sampai tukar tulang batang hidung? Kalau resdung biasa yang dibedah hanya bahagian dalam sahaja. Tak ada sampai ubah bentuk hidung. Nayalah semua pesakit resdung yang nak operate selepas ini hidung semua jadi seperti itu," kata netizen.
Sumber: Harian Metro, TikTok Syed Muhammad
0 comments:
Post a Comment