Remaja 17 tahun seludup 25 PATI guna Vellfire, ditahan polis

loading...



Hasrat 25 pendatang tanpa izin (PATI) menceroboh masuk ke Malaysia tidak kesampaian apabila mereka berjaya dicekup oleh pihak berkuasa di Jalan Selinsing, jam 12.05 tengah hari kelmarin. 


Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, terdahulu Ketua Balai Polis Jinjang melakukan rondaan di kawasan tersebut dan terserempak dengan sebuah kenderaan jenis MPV dalam keadaan mencurigakan. 


Semasa dihampiri, Toyota Vellfire itu tiba-tiba memecut laju dan tidak mahu berhenti walaupun telah diarahkan untuk berbuat demikian. 


Polis terpaksa mengejar kenderaan itu yang kemudian melanggar motosikal ditunggangi ole anggota polis, selain melanggar tiga buah kereta di lokasi yang sama. 


Pemeriksaan lanjut mendapati, kenderaan itu dipandu oleh remaja berusia 17 tahun yang membawa 19 lelaki dan enam wanita berusia 15 hingga 39 tahun yang merupakan PATI. 


Polis mengesahkan seorang lelaki warga tempatan berjaya melarikan diri ketika kemalangan itu berlaku. 


Semakan mendapati, semua penumpang berkenaan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan perjalanan yang sah. 


Remaja berusia 17 tahun itu mengaku tiba dari Rantau Panjang, Kelantan untuk membawa 25 PATI terbabit untuk bekerja di Malaysia. 







Kesemua suspek telah ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.


Sumber: Harian Metro

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close