Salam semua. Nama aku Madam Nel. Aku seorang pensyarah kat sebuah universiti swasta di kawasan Lembah Klang. Aku tengah cuti pantang dan masa cuti pantang ni gatal betul suka baca FS. Lepas tu sendiri teringat-ingat bila terjaga malam nak susukan baby. Hahaha. Tapi sebenarnya masa pregnant kali ni (sebelum bersalin hari tu), aku suka tengok cerita hantu. Kenapa entah berani lain macam. Hopefully baby tak terkenan apa-apa. Amin.
Anyway, cerita aku ni fresh lagi. Baru berlaku minggu ni masa aku tengah dalam pantang. Aku tak rasa benda ni berlaku disebabkan aku selalu singgah sini baca kisah-kisah hantu, sebabnya masa aku pantang anak sulung dulu pun aku selalu kena kacau kat rumah kat kampung ni.
Rumah parents aku terletak di sebuah kampung kat Bangi. Bangi ni tak besar mana, pandai-pandailah korang assume kat mana ye. Hehehe. Kat sini rumah-rumah tanah lot. Takdelah jauh antara rumah memasing. Dan depan rumah memang ada laman yang luas. Cuma rumah parents aku tak berpagar dan betul-betul depan jalan utama kampung ni. So memang bising dengan bunyi kenderaan, tak kira siang atau malam. Tengah malam dan pagi-pagi buta pun kadang-kadang akan kedengaran bunyi motor atau kereta lalu.
So, aku nak cerita pasal apa yang aku dengar kat laman rumah dalam seminggu ni. Aku dah nak habis pantang dah pun. Ada lagi berbaki seminggu. Kali ni berpantang aku relax sikit. Kurang stress sebab dah ada pengalaman dengan anak pertama. Dan anak kedua aku ni pun Alhamdulillah tak meragam malam. Dia akan terjaga bila nak susu je. Itu pun dia tak menangis. Dia merengek manja hekhekhek je. Hahaha.
Tapi aku ni jenis senang terjaga. Bermulanya kisah, hari Isnin malam Selasa tu, aku macam biasa akan terjaga jam 3 pagi sebab anak aku merengek manja nak susu. So badan aku ni macam dah set jam 3 je nak terjaga, terus segar mata. Aku pun jagalah dan susukan dia macam biasa. Selalu bila susukan dia tu, sambil-sambil tu aku belai-belai, ulit-ulit anak aku. Ataupun scroll kat IG cuci mata tengok barang-barang baby. Hahaha.
Suami aku dengan anak sulung aku dah selamatlah tidur tak ingat apa dah sebab dorang selalu tidur lambat dalam pukul 1 pagi. Ini kalau kena gegar pintu pun aku rasa memang tak bangun. Malam tu aku rasa macam biasa je tapi kadang-kadang macam tak sedap hati tu terasa. Tapi aku abaikan sebab malas nak layan tah pape pagi-pagi buta tengah dalam pantang ni.
Tiba-tiba aku terdengar suara budak kecik bercakap. Datang daripada laman rumah depan rumah aku ni. Laman rumah aku ni memang luas. Dahlah tak berpagar. So orang boleh je lalu dan lepak bebila masa. Aku pasang telinga betul-betul lagi sekali. Aku takut aku yang salah dengar. Makin lama makin kuat pulak suara budak tu berlawan cakap dengan someone. Suara budak tu macam budak lelaki baya-baya budak sekolah rendah yang belum akhil baligh.
Aik, takkan aku salah dengar. Dia bercakap lagi. Panjang conversation dia dengan someone tu. Aku tengok phone kat tangan, dah pukul 3.20 pagi. Adududu, menda pulaklah yang kat laman rumah aku ni. Tak lama lepas aku tegur dalam hati tu, semua senyap. Aku assume budak tu dah end conversation dia dengan someone tu (mungkin jugak sebab aku dah perasan), sebab aku dengar bunyi orang kayuh basikal berlalu pergi. Sama ada budak tu yang blah naik basikal atau someone tu. Nasib baik tak ditekannya loceng basikal ke apa.
Esoknya tu aku cerita kat Mak. Mak kata orang sebelah kot. FYI, betul-betul sebelah rumah aku ni kedai makan (ni pun ada cerita jugak), takkanlah ada budak kecik. Paling lambat orang melepak kat kedai makan tu pun sampai kul 12 malam atau lebih. But 3 am? I don’t think so. I just brushed off the eerie feeling. Malam tu aku dah set, kalau dengar lagi memang bukan khayalan aku. Aku pun pakatlah tidur lambat, selambat suami dan anak sulung aku supaya aku tak terjaga 3 pagi tu. Baby aku pulak malam tu behave gila tak terjaga pulak dia macam selalu nak susu. Dalam pukul 1 pagi lebih macam tu baru aku terlelap sebelah baby.
Tapiiiiii, aku terjaga jugak pukul 3 pagi SEBAB aku terdengar suara budak kecik tu lagi. Kali pertama aku dengar dan kali kedua yang aku dengar ni, aku cuma dengar suara je. Biji butir yang dibualkannya tu aku memang tak dapat tangkap. Perbualan dia tu macam bahasa lain yang aku tak dapat nak decipher. Bila aku terjaga tu bulu roma dah meremang. Suami aku tidur katil queen dengan anak sulung aku. Jauh pulak tu daripada aku. Aku tidur kat katil single yang dirapatkan sebelah katil queen tu. Anak-anak kitorang kat tengah-tengah, maksudnya Si Kakak tidur atas katil queen tapi dekat dengan Si Adik yang tidur sebelah aku kat katil single. Boleh bayangkan tak? Sorry tak berapa mahir nak describe. Bahaha!
Tapi aku nekad gak kejut laki aku walaupun dia jauh.
Aku: Awak. Awak… Awak! (bisik dengan kuat)
Suami: Hmmmm. Apa? (bukak mata tapi macam menggelabah sebab kena jerkah dengan aku dari jauh)
Aku: Cuba tengok phone dah kul bape.
Suami: (sambil kecikkan mata tengok phone) Dah kul 3 lebih. Kenapa awak kejut ni? (macam annoyed sikit)
Aku: Cuba awak dengar. Ada tak dengar suara budak kecik kat depan rumah tu?
Suami: (terdiam) Takdelah. Mana ada.
Aku: (sama-sama diam) Hmph. Dia dah tak cakap dah tu. Senyap pulak dia. (aku pulak yang jadi annoyed).
Finally sebab malas nak layan, suami aku tidur. Aku pun sama cuba tidur. Tapi tak boleh lelap mata langsung. Baby aku ni pulak tak bangun-bangun ke nak menyusu teman maknya. Sabo jelah. Nak dekat Subuh baru dapat tidur. Dahlah pagi tu nak kena gi cucuk dak kenit ni Klinik Kesihatan. Pagi tu bangun, aku cerita kat Mak lagi. Mak jawab sonang yo, “Biarlah dia nak berborak.” Masalahnya bila dia berborak tu aku tak dengar takpe. Wuwuwu! Malam tu aku berdoa sangat-sangat tak dengar apa-apa. Dan memang aku tak dengar apa-apa pun sebab aku tidur pengsan. Kepenatan di siang hari nak dekat separuh hari kat Klinik Kesihatan tu tunggu giliran.
Cerita pasal kedai makan kat sebelah ni pulak… Aku selalu dengar bunyi orang memasak ketung ketang bunyi sudip besi berlaga diketuk-ketuk dengan kuali. Setiap kali dengar mesti around 3 pagi hingga ke 4 pagi. Yang ni sebelum pregnant, dah pregnant sampailah sekarang memang kerap dengar. Tapi aku anggap je pekerja kedai makan tu ada yang tidur kat kedai tu dan kelaparan pagi-pagi buta. Kadang-kadang dengar orang jalan-jalan kat luar rumah (tepi rumah aku bersemak dan ada banyak pokok – alah, rumah kat kawasan kampung – you can imagine kot suasana dia macam mana).
Yang aku kena kacau masa pantang anak pertama pulak, bukan setakat dengar orang memasak kat kedai sebelah ni, aku dengar Kak Pon mengilai perlahan. Sama jugak time dia. Dalam pukul 3 pagi hingga 4 pagi. Aku terjaga sebab nak susukan anak jugaklah masa tu. Mula-mula aku dengar dia mengilai perlahan, aku capai phone pasang ayat Ruqyah, sekali makin kuat pulak dia mengilai. Yang paling seramnya sebab masa tu aku kat bilik sorang-sorang je dengan baby. Suami aku masa tu tak balik. Nak menangis je rasa time tu.
Esoknya aku cerita dengan Mak, kakak-kakak aku dengan kawan-kawan office. Kawan-kawan aku cakap, kalau dengar dia mengilai perlahan tu maksudnya dia dekat dengan kita dan bila dia mengilai kuat tu maksudnya dia dah jauh terbangkan diri dia. Eh, main-main pulak Kak Pon tu dengan aku. Banyak je lagi kejadian pelik kat rumah (dan luar rumah) sebab satunya mungkin sebab kawasan kampung, dan keduanya ada jugak orang-orang yang menghantar kat family members aku. Kalau admin FS izinkan publish cerita yang ni, nanti aku sambung lagi cerita angker rumah dan kampung aku ni.
By the way, tanah lot kat sini kebanyakannya yang duduk adalah adik beradik Mak aku. Arwah moyang aku dulu pawang (yang mengubat orang, bukan bomoh jahat eh dan merantau ke kampung ni). Salah satu jalan kat kampung ni ada nama dia. Dannnnn, orang dulu-dulu bila merantau jauh-jauh ni biasalah, ada benda yang dia bawak untuk protect dia. Benda-benda tu tak diturunkan kepada sesiapa pun, dah tak mencari tuan pun, tapi kadang-kadang dia ada je menjaga. Kalau bagi pun aku takmau aih. Seram…
- hantar kisah anda: http://ift.tt/2oLB9C6
The post Budak Kecik Naik Basikal appeared first on Fiksyen Shasha.
0 comments:
Post a Comment