Hati-hati Dengan Perempuan Pemalas

loading...

Assalammualaikum.

Apa yang saya nak cerita ni memang perkara yang jadi depan mata saya. Saya perhati. Sebab kalau nak tegur, nampak macam hal remeh tapi sangat penting sebenarnye.

Masa saya kerja, duduk 1 rumah sewa dengan kawan kawan baru. Muka cantik. Kalau tengok barang penjagaan muka memang banyak. Siap makan collagen bagai.

Dalam rumah tu ada 6 orang , cuma saya sorang je yang solat, yang ada telekung, yang ada sejadah. Walaupun kadang ada terlalai terutamanya subuh, tapi saya usaha jugak. Sampai waktu break kerja, memang akan cari masa untuk solat.

Kadang malu ada kawan datang rumah nak tumpang solat, nak pinjam telekung tak ada pulak (selalu kalau period saya akan basuh telekung).

Housemates saya tu masing masing suka makeup. Foundation,compact powder, lipstick, eyeliner dan mascara tu wajib lah pakai. Ada yang jenis jaga aurat pakai handsocks pakai inner neck, tapi tak solat. Senang cakap hipokrit lah. Tapi saya diamkan.

Tapi yang saya perasan, bukan setakat malas solat, nak kemas bilik pon malas. Dapur jangan cakap lah. Kalau makan tumpah tumpah atas carpet tu dorang akan biar sampai kering sehingga lah saya sendiri yang tolong bersihkan carpet. Sudah lah pemalas, pengotor pulak.

Saya ni pon bukan nye alim, pakai jugak seluar ketat, baju ikut body. Tapi sekurangnya hal hal macam tu boleh lah berfikir. Bukan untuk kepentingan diri je, tapi dah nama duduk serumah kena lah sama sama jaga kebersihan.

Kalau cantik depan lelaki, tapi pemalas dan pengotor tak guna jugak kan?

Bila dah kawin pulak, saya lihat sendiri keadaan rumah mertua saya. Ya ampun. Sampai saya tanya suami ” kat rumah ni tak ada orang perempuan ke?”

Adik beradik ipar ( 3 orang) saya yang perempuan category alim. Tudung labuh. Bekas budak sekolah agama. Tapi kerja rumah malas gila nak buat. Bukan kita mengharap dia buat kerja untuk kita, tapi malu lah dari zaman saya belum kawin jadi tetamu sampai dah masuk keluarga tu, keadaan rumah macam tu.

Bangun lambat. Duduk terperap dalam bilik layan cerita Korea. Kalau lepas makan basuh pinggan sendiri je bukan nak tolong basuh sekali untuk anak buah or budak budak kecik lain. Kalau disuruh buat kerja, macam orang kena paksa.

Paling sedih, yang tukang masak kat rumah tu nenek dorang yang dah tua tu. Sikit pon tak nak tolong. Akak ipar saya pulak, dia hanya masak ikut mood dia je. Itupon ikut selera tekak dia. Kadang masak spaghetti, mana lah orang tua tu nak makan spaghetti.

Basuh berak anak, mandi anak pon harapkan suami / adik lelaki yang buatkan. Buat anak pandai, jaga anak malas. Barang mainan anak dia bersepah atas lantai pon dah tengah malas baru nak kemas. Kat rumah tu ada orang tua yang agak uzur, penglihatan pon kurang, kalau dia terpijak mainan kecik tu macam mana? Lagi teruk uzur kalau jatuh

Mertua saya sibuk kerjaa masing masing bekerja sebagai guru. Bila saya balik rumah mertua, saya lah yang tukang sapu, tukang mop, tukang sidai baju, tolong masak, tolong kemas. Saya tak kisah kalau saya buat untuk mertua dan nenek. Yang saya geram nye adik beradik ipar perempuan yang lain tu. Pemalas!

Sampaikan saya sendiri tengok suami saya yang menyampu mop lantai bila ada tetamu nak datang. Mana keluarga perempuan yang lain? Terkangkang dalam bilik?

Kalau kat ig kat Facebook, update macam orang baik, alim, rajin. Tapi hakikat?

Suami saya memang dah lali dengan perangai adik beradik perempuan kat rumah tu. Sebab tu suami saya prefer duduk rumah bujang. Kerja jauh jauh.

Saya harap apa yang saya cerita ni buka mata hati yang ada perangai macam ni, ataupun yang mungkin jumpa orang macam ni.

1) muka cantik, pandai bergaya tapi tak solat
2) muka cantik, pandai bergaya tapi pemalas dan pengotor
3) muka cantik, alim tudung labuh tapi tak solat
4) muka cantik, alim tudung labuh tapi pengotor dan pemalas buat kerja rumah

Lelaki, hati hati lah kalau jumpa perempuan yang cantik dan “alim”. Kalau boleh sebelum kawin, tanya keluarga terdekat perangai perempuan tu macam mana kat rumah. Tak pon buat spotcheck rumah or bilik dorang dulu. Kalau bersepah dan berbau tu, hmmm faham faham lah.

– Zulaikha

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close