Terima kasih admin sebab pilih cerita aku. Minta sangat-sangat rahsiakan akaun aku ni sebab tak mahu ada hati yang terguris jika terbaca benda ni. Aku tak tahu nk ckp benda ni seram ke tak. Ceritanya macam ni. Keturunan keluarga aku ni ada saka. Bukan membela ye, tp saka tu asal dari nenek moyang dulu-dulu. Mahu tak mahu, saka tu tetap cari keturunan ktorang ikut perjanjian dulu-dulu.
Aku nk cerita macam mana kitaorg tahu yg saka ni dok nk menempel kat keturunan ktorang dan macam mana saka tu kacau keluarga aku. Tapi biasanya kena kacau2 manja je paling seram pun bila dia dh dapat tumpang dalam badan, tapi payah la pulak nak keluar nyawa dari jasad. Itu pasal aku cakap tak tahu la seram ke tak cerita ni. Tapi silap-silap saka tu pn tengah ngintai aku dok taip cerita ni, jangan dia cari aku dah. Huhu
Masa mula-mula tahu pasal saka tu sebab abang aku kena kacau. Kebetulan abang aku baru dapat kerja untuk wiring rumah orang. Macam mana dia kacau tu cuba korang bayang, korang tengah sembang-sembang dengan kawan korang berdua je, tetiba kawan korang tu berubah watak sambil ajak pegi satu tempat yang x pasti. Bukan sekali ye, tapi berkali-kali dan bukan dengan kawan korang yang sama. Tiap kali tu jugak abang aku kata tak nak ikut. Sampai satu hari dia fedup dan layankan je kawan dia tu. Kawan dia tu ajak bawa ke satu tempat kat mana ntah, bila abang aku rasa pelik je, terus dia patah balik dan boleh pulak kawan dia tu macam baru tersedar dari tidur. Bila tak menjadi taktik tu. Benda ni buat taktik lain pulak. Dia datang dalam mimpi, abang aku kata datang perempuan cantik, tak pernah dia nampak perempuan secantik tu dan ajak dia tapi tak tahu ajak pegi mana. Bila dah banyak kali kena kacau, abang aku pun jumpa bomoh, jumpa bomoh ni korang jangan tiru. Tu memang kesilapan dia dulu. Bomoh tu cakap abang aku ni cucu terpilih untuk saka tu duduk. Bomoh tu cakap datuk nenek dulu bela saka. Sekarang dia nak cari generasi baru pulak. Ntah jampi apa bomoh tu bagi, tamat la babak memujuk abang aku untuk ikut dia. Biasala jin dan syaiton memang gemar nak sesatkan orang. Abang aku pun cerita kat mak aku. Mak aku xpercaya siap kata abang aku kna kacau dengan penunggu rumah yang dia tengah wiring tu.
Nak jadi cerita lain pulak entah beberapa tahun kemudian mak aku pulak kena kacau. Bahu rasa berat. Bila kna cuit dan terkejut jadi sakit sangat kt bahu sampai menangis. Tak lojik kan bila bahu tu tak sakit, tapi bila dicuit tiba-tiba rasa sakit sangat macam kana pukul dengan kayu. Mak aku jumpa doktor kata takde masalah apa-apa pun. Jadi mak aku ubat cara kampung. Orang yang ubatkan tu cakap ada benda menumpang. Orang tu suruh mak aku buat sendiri untuk buang benda tu, caranya baca beberapa surah apa aku pun tak igt pastu geselkan bahu yang sakit tu kt batang pokok pisang masa waktu azan maghrib. Dua tiga kali aku mak aku buat, lama-lama batang pisang yg mak aku gesel-gesel tu jadi lebam siap tekupas-kupas batang pisang tu. Sakit bahu mak aku kurang, tapi lama-lama jadi balik macam asal. Banyak tempat mak aku berubat. Kebanyakan kata memang ada saka dan diaorang pun tak mampu nak buang saka tu. Dari situ lah mak aku baru percaya adanya saka ni. Sampai la satu hari jumpa satu ustaz yang boleh ubatkan. Ustaz tu dia screening satu family belah mak aku. Ustaz tu kata kebanyakan adik beradik mak aku pun ada cuma saka tu belum tunjuk taring je lagi. Sampailah hari upacara buang saka tu di buat. Separuh adik beradik mak aku datang upacara tu, separuh lagi yang dok jauh tak datang. Ustaz tu cerita masa dia nk datang ubatkan tu pun payah dan macam-macam masalah. Paling ketara bila nak sampi rumah ktorang kereta yang abang aku bawa rasa berat sangat (abang aku jemput ustaz tu) dan sekeliling rasa gelap sangat macam tak nampak jalan. Tapi akhirnya sampai juga. Masa ubatkan tu tak jadi apa-apa pun cuma nampak la ustaz tu buat solat hajat, baling garam dan lada hitam bagai sambil baca-baca surah yang situasinya sebijik mcm samsul yusuf buat dalam cerita munafik tu. Lepas dah setel. Pagi tu, adik beradik mak aku yang tak datang tu masing-masing call tanya apa jadi masa ustaz tu tengah ubatkan, mak aku kata tak ada apalah cuma ustaz tu cakap dia dah buang saka tu kat laut. Tapi untuk adik beradik mak aku yang xde masa malam tadi, dorang kata dorang mimpi macam ada ribut taufan kat rumah arwah nenek aku, lepas ribut tu reda suasana jadi tenang macam hari raya pulak. Ada yang mimpi arwah nenek aku bawa makcik aku pegi tepi pantai. Pantai tu sebijik macam pantai yang berdekatan dengan kawasan kampung kami ni. Mungkin betulah kot saka tu dah di buang ke laut. Lepas kejadian tu mak aku pun beransur-ansur pulih sampai sekarang xde rasa berat atau sakit pn.
Patutla masa sebelum kami tahu kewujudan saka ni ada kejadian pelik, masa tu arwah nenek aku sakit dan lama tak baik-baik. Ada sekali tu, masa tu belum ada henset lagi pun. Ada publik phone je. Tetiba makcik aku yang dok KL kata nenek aku meninggal sebab makcik yang tengah jaga nenek aku tu call kata nenek dah takde. What the hell?..sbb masa tu aku ada sama ngn makcik aku yang tgh jaga nenek aku tu dan aku xnmpk pun dia pegang phone rumah sepanjang hari. Pandai betul benda tu sampai telefon pun dia pandai guna. Tak pasal makcik aku kena marah buat cerita tak betul.
Arwah Nenek aku memang lama sakit. Dekat sepuluh tahun kot. Terlantar lama sampai kurus kering. Kesian aku tengok. Pelik kenapa Allah lambat ambil dia. Sampai satu hari cari orang ubatkan arwah. Seminggu lepas tu arwah nenek pegi sebab demam je. Sebelum ni macam-macam sakit datang, tp macam payah nak pergi. Jangan salah anggap ye, nenek aku xbuat benda kurafat. Tapi dia dapat saka tu pn dari nenek moyang dia juga. Walaupun tak nak. Benda tu tetap nak dekat nenek aku. Bila tak dibuang tu yang jadi macam tu. Sian nenek aku. Dia pn tak tahu agaknya dia dh terbawa saka keterunan ni. Lepas nenek aku meninggal tu la benda tu cari abang aku. Sebab dia nk pengganti. Itu pn lepas beberapa tahun nenek aku meninggal. Bomoh yang ubtkan abang aku yang aku cerita awal-awal tadi kata, 7 hari 7 malam benda tu cari abang aku kt dunia ni baru jumpa.
Lagi satu cerita sebelum ktorang tahu pasal saka ni. Masa tu kenduri kawin kakak aku. Maka semua adik mak aku pun berkampung la kt rumah ktorang tolong apa yang patut. Tengah malam dalam jam 1 pagi hari sebelum kenduri tu makcik aku dengar riuh rendah kt luar tingkap tempat dia tidur tu. Padahal kat luar xde orang pun, nak kata orang kampung masak-masak pun tak sebab tingkap tu dok menghadap sawah dan jauh dari dapur, apeke jadahnya org nk melepak dalam sawah yang berair malam-malam tu. Lagi pun orang kampung datang masak jam 3 ke 4 pagi baru datang. Bukan 1 pagi. Nak kata jiran-jiran pn mustahil sebab rumah kat sawah pun jauh dari rumah lain. Kejadian esoknya pulak masa kenduri jadi kt makcik aku yang lain. Selipar favourite dia hilang. Puas cari sekeliling kawasan rumah tak jumpa. Maka baliklah dia ke KL dengan meminjam selipar mak aku. Isninnya dia masuk kerja. Tetiba selipar tu kt bawah meja kerja dia. Dah kenapa?…mustahil dia lupa selipar yang dia pakai. Suami dia pn kata dia pakai selipar tu masa kenduri kakak aku tu. Nak kata beli 2 pasang selipar yang sama pn tak juga. Dia beli selipar tu sepasang je. Dah jumpa tu dia terus buang tak berani nak pakai dah. Mak aku penah juga cerita dulu-dulu masa mak aku kecik-kecik, mak aku pernah nampak arwah onyang aku tiap kali buat kenduri je mesti buat hidangan khas pulut kuning ayam golek bagai letak kat 1 bilik khas. Mak tak tahu untuk apa. Maklumla orang dulu-dulu bukan kuat pegangan. Upacara camtu tu anggap macam adat je. Mana tahu salah disisi Islam. Mungkin tiap kali buat kenduri benda tu nak sesuatu kot. Tu yang kecoh-kecoh malam tu dia bagi hint kt makcik-makcik aku. Ok yang ni pendapat aku je. Haha. Apa-apa pun doakan arwah onyang aku tenang kt sana.
Tu cerita masa belum tahu. Ni cerita dh lepas tahu keturunan aku ada saka pulak. Jadi kt sepupu aku. Xtahu la kalau secara kebetulan atau Allah jadikan asbab nk buang benda tu sekali lagi. Ceritanya, sepupu aku belajar kat IPT utara tanah air, ada 1 malam tu ada senior dia panggil dan tanya dia ada pendamping ke?. Cuak la sepupu aku tu sampai nak berhenti study. So mak dia (adik mak aku) pun bawak la pergi berubat sana sini. Last sekali jumpa sorang pakcik ni kata dia boleh buang saka tu..apa?…saka?…kata aritu dah buang. Pakcik tu cakap memang dh buang tapi tak mustahil dia datang balik. Lagi-lagi bila iman atau semangat tak kuat. Buat lah lagi sekali upacara buang saka tu tapi ikut style pakcik tu pulak. Tak tahu caranya macam mana sebab makcik aku tak cerita detail pun. As usual masa nak g berubat tu pun dorang banyak halangan, dengan hujan selebat-lebat alam masa pegi tu, dengan rasa kereta berat macam tekan minyak sambil tekan brek dan banyak lagi lah yang aku tak cerita. Nasib baik akhirnya sampai dan berjaya dibuang sekali lagi.
Pakcik tu pesan saka ni sebenarnya memang tak kan hilang, dia cari peluang je meneyesatkan kita. Dia perhati je setiap orang dalam keturunan tu. Jadi memang kena jaga-jaga. Pokok pangkalnya kena jaga iman. Mesti benda tu pun panas je tengok kita. Nak dekat pun tak berani. Betul tak? Aku tak cakap orang yang kena kacau dengan benda ni tak kuat iman tapi kita manusia yang kadang-kadang iman pun turun naik lagi-lagi kat dunia akhir zaman ni. Doakan kita sama-sama istoqamah dalam meningkatkan iman masing-masing. Amiin..
– Anita
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment