Sifat PHD Melayu

loading...

Di saat aku type confession ini, ini adalah jam-jam terakhir aku bekerja di company yang aku kerja sekarang. Bukan sebab aku tak sayang kerja aku disini. Cuma, banyak improvement yang mampu aku buat untuk diri aku diluar sana. Dulu, bila aku tak pernah kerja lagi, aku dengar orang bercerita pasal itu dan ini. Aku macam biasa, dengar dan tak. Tapi, bila dah kerja, baru aku paham apa yang orang lain cakapkan.

Seperti biasa, ada sesetengah manusia yang sangat berhasad dengki dengan orang lain. Ya, di kilang aku sekarang. Ada. Ada orang sebegini. Ini bukan lah cerita untuk mengaibkan orang. Ini adalah pandangan aku, untuk semua orang diluar. Moga moga, kita ubah diri kita, dan anak-anak kita, abik beradik kita, tidak diperlakukan begini.

Aku memegang jawatan biasa di company aku. Dan aku mempunyai 6 anak buah. Dalam antara 6 orang anak buah aku, ada seorang kakak yang agak berusia, aku namakan dia, Kak Nora. Antara kelima2 mereka, dia la yang paling pelik. bukan pelik sebab apa. Pelik sebab dia penuh dengan hasad dengki dekat orang lain.

Walaupun dia anak buah aku, tapi aku cuma limitkan komunikasi dengan dia. Oleh sebab aku tak boleh nak hadap orang yang kaki berdengki ni. Nanti silap-silap, aku keluarkan ayat maki-maki. Aku pulak yang dibuang kerja. Jadi baik aku diam. Tapi, lagi diam, lagi la perangai-perangai dia buat macam orang tak berakal. Dia dah bekerja lama dari orang lain, sebab tu lah rasanya dia mengangkat diri dia dan berfikir dia sangat penting dari orang lain. Pada aku, aku suka anak buah yang boleh buat kerja tanpa aku monitor 24jam, dan mahu belajar.

Ada satu situasi, anak buah aku yang lain, Kak Cik. Dia lagi tua dari Kak Nora, tapi sifat dia, sangat lah berendah diri. Tak pernah sekali melawan cakap aku. Apa yang dia silap, dia dengar dan improve. Kalau aku sebgai superior dia pon, die tegur dengan sopan. Bohongla kalau aku cakap as superior aku tak pernah silap. Dan Kak Cik sangat rajin. Apa kerja yang aku minta buat (memnag kerja dia) tak pernah tak siap. Jadi, aku tau, dia adalah orang yang aku tak perlu monitor. Aku pernah pesan, aku tak pernah kisah anak buah aku pegang phone, selagi kerja aku minta, tetap siap.

Berbeza dengan Kak Nora, yang setiap hari bebal. Nak jadikan cerita, aku minta Kak Nora buat kerja, dah memang kerja dia. Direct depan aku dia cakap tak nak buat. Lepas tu, mengomel sendirian, kononnya tak cukup orang dan tak aada sapa tolong dia. Aku dah masak perangai dia, jadi aku senyapkan saja. Sedangkan itu memang kerja Kak Nora. Jadi bila dia tak nak buat, aku minta pada Kak Cik. Kak Cik ambil dan buat. Sebab dia tau, itu kerja sebagai anak buah aku. Tau tak apa jadi lepas tu? Time Kak Cik tengah buat kerja, Kak Nora menuju ke arah Kak Cik, dan serang sambil cakap.

” Apa-apa je, cari Kak Cik.. Buat macam saya (Kak Nora) tak wujud. Hebatla Kak Cik, boleh cover semua. Saya tak ada pun tak pa.”

Lebih kurang camni la. Ni pun sebab ade reporter report kat aku. Sumpah meluat. Bile superior bagi kerja, suruh buat. Kau tak nak. Bagi orang lain, kau serang macam dia ambil kerja kau. Kak Cik tu lagi tua dari Kak Nora, boleh nya biadap macam tu.
Aku senyapkan saja, dan aku cakap dekat kak Cik, teruskan ja buat kerja.

Tak cukup dengan itu, macam-macam die buat mungkin untuk mengekalkan posisi dia. Dia cakap Kak Cik buat kerja tak elok, asyik duduk office dan main phone. Satu company dia bawak cerita. Sampai bos-bos besar dari aku, percaya kata-kata dia. Sedangkan dah review cctv menampakkan Kak Cik buat kerja, masih lagi tak cukup. Dan akhirnya, Kak Cik terpaksa ditransferkan ke tempat lain.
Apa perasaan korang? sedangkan kerja buat elok, ditransferkan sebab mulut orang?
Aku cuba sedaya upaya. Untuk elak dia dari transfer, tapi bos aku tetap berkeras hanya dengar kata-kata orang.

Habis isu Kak Cik, orang lain jadi mangsa. Satu demi satu.

Dan terbaru isu gaji main peranan penting di sini. Majoriti orang tau, gaji orang baru, Kak Mah agak tinggi. Kiranya, lebih tinggi dari Kak Nora. Anak buah yang lain tau, tapi tak ada pon reaksi-reaksi dengki. Sebab, itulah mereka. Mereka percaya rezeki itu datang dari Allah. Berbeza dengan Kak Nora, tak habis-habis jumpa HR, komplen pasal Kak Mah. Kak Mah itu, Kak Mah ini. Kak Mah tak buat kerja.

Aku pernah marah, tapi dia update status social media, mohon aku cakap depan-depan, jangan menyalak (menyalak tu versi untuk anjing) . Ada tak rasa biadap cakap kat bos macam tu? Versi aku, kalau anak buah tak reti hormat superior, aku sebagai superior memang hilang hormat la. Nak jadikan cerita, bila aku balas status social media, dia delete status dia, tayang satu company status aku, menangis-nangis sambil cakap dekat orang, kenapa aku buat dia macam tu?

Kau rasa?

Aku sebagai superior, aku meluat kalau ada anak buah macam tu. Tolonglah jangan tutup periuk nasi orang lain. Orang lain kerja, tak ada masa nak berdengki. Busy buat kerja.

Pernah tak sebelum kita complain itu ini tentang orang lain, pernah tak kita pikir diri kita layak ke tak nak judge orang lain?
Pernah tak bila kau complain semua orang bermasalah, sedangkan orang lain kerja sama-sama, elok je?
Pernah tak kau pikir, kau yang bermasalah sebenarnya?

Pernah tak kau pikir untuk stop dengki kat orang lain, dan improve diri sendiri?

– Awek Kilang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close