Majikan Dibuli Pekerja

loading...

Assalamualaikum…
Kiranya nak bercerita pasal pekerja yang bekerja makan gaji dengan majikan kecil seperti aku.

Macam nilah senang cakap, aku dah jadi majikan dah berbelas tahun lepas habis ‘degree’. Atas kapisiti ‘biz family’ aku terjun juga biz ni.

Oklah…selama berbelas tahun jugala aku jumpa pelbagai jenis manusia bernama pekerja kat tempat kerja tu. Ada yg jujur, ikhlas, baik hati, rajin, penipu, kaki ponteng,pencuri,pengelat & macam2 peel pekerja ni Melayu ni.

Aku heran sangat bila bekerja dengan majikan kecil2, melayu pula ada yang sanggup ‘menikam’ majikan dari belakang, memaki hamun majikan kerana bayar gaji lewat 2 hari (itupun bank tutup), tak hormat majikan (bkn minta kena sujud pun), kerja sambil lewa dan lain2 perangai yg menjengkelkan.

Tak kesian ke pada majikan tu yg kena bayar tiap2 bulan gaji jika kerja yg diharapkan tak seperti yg diminta?

Ada juga pakerja yang sanggup menipu, songlap duit, burukkan nama majikan & syarikat tempat cari makan.

Bila la nak sedar wahai orang melayu. Bangsa lain dah jauh kehadapan, hanya kita sahaja yg masih berada ditahap ini bila sentiasa merungut, sentiasa komplen, sentiasa salahkan majikan.

Sedarlah sikit, tempat cari rezeki tu pun sentiasa dimaki hamun. Adakah berkat gaji yang diterima & dibawa balik utk keluarga?

Jika tiada majikan kecil2 ni, mana mungkin pekerja2 nak cari rezeki. Nak kerja dgn syarikat besar2 silakan jika memenuhi kriteria mereka.

Hanya kerana majikan syarikat kecil2 jadinya kerja & tanggungjawap dibuat endah tak endah sahaja.

Ada yang bekerja dari zaman bujang hingga anak2 dah besar tapi masih perlu lagi kena ‘ketuk’ baru berjalan kerja. Asyik mengulangi salah bg rutin kerja setiap hari.

Ada yang bekerja hanya nakkan duit semata, langsung tidak bertanggungjawap dan lepas tangan. Ada yang suka hati keluar masuk kerja.

Ada juga yang masuk kerja, boleh tidur dalam pejabat,layari internet, tgk video dll.

Kalau begini tabiat pekerja, tentulah kami sebagai majikan kecil2 terasa dipermainkan. Betul sangat la lagu AMBOI..AMBOI dari Altimate tu…dengar betul2 apa yang dikatakannya.

Kalau selama ni banyak sangat dibesarkan isu majikan mendera pekerja, majikan kejam, majikan tak berhati perut dan sebagainya. Tapi siapa pula nak membela nasib majikan2 syarikat kecil2 ni jika pekerja2 bersikap sebegitu. Siapa sudi nak bela?

Dah macam majikan dibuli oleh pekerja. Rasanya tiada siapa yg sudi membela kerana dari pandangan mereka majikan2 semua ni dah kaya raya,banyak duit dll.

Bagaimana nak kaya raya jika mendapat pekerja yang sentiasa membawa masalah kepada syarikat. Jangan hanya menuding jari kepada majikan sahaja..kena tenung diri sendiri juga dihadapan cermin.

Jangan jadikan majikan melayu terutamanya dihenyak2 kepala untuk mengikut telunjuk pekerja, nakkan gaji mahal2 tapi hasil kerja ‘hampeh’ , nak sediakan segala2 tapi pekerja tak buat kerja dengan sempurna.

Sedarlah semua pekerja2 melayu yang bermajikan melayu ni. Kalaupun sebangsa dengan kita, tak usahlah memandang rendah atas apa usaha yang mereka lakukan.

Tanpa mereka, masakan pekerja2 semua ada pekerjaan dan boleh mendapat rezeki untuk menyara keluarga dari sekecil2 majikan sehingga sebesar2 majikan.

Sepatutnya kita sedar dan tahu tanggungjawap kita atas pekerjaan dan syarikat yg kita bekerja. Sentiasa menggangap tempat mencari rezeki tu macam rumah sendiri, sentiasa bersungguh2 nak majukan syarikat. Bagaikan anak dibelai dengan penuh kasih sayang..

Rasanya setakat ini luahan saya. Saya mengharapkan semua majikan2 syarikat kecil mendapat pengajaran apa yang berlaku adalah realiti yang dihadapi oleh semua majikan. Kita sedaya upaya berusaha dapat membayar gaji pekerja2 dengan sempurna, maka dan haruslah para pekerja juga memberikan sepenuh komitmen kepada kerjaya mereka. Jangan pandang rendah pada majikan melayu kecil2 ini. Walaupun kecil tapi mereka semua adalah orang2 yang sentiasa berjiwa kental dan bersemangat memajukan bangsa mereka sendiri.

Saya petik kata2 ini…yg dh viral dah…

Ramai orang sebenarnya tak tahu dan tak mahu mengambil tahu bahawa, orang berniaga ini susah. Siang dan malamnya fikir tentang bisnes. Di mata orang ramai, mereka hanya nampak orang berbisnes ini senang. Jadi boss, boleh pergi minum sana, pergi minum sini. Tetapi sebenarnya di dalam hati, siapa yang tahu?

Kalau salah sendiri, sendiri tanggung. Kalau salah pekerja pun, majikan yang kena tanggung. Jadi majikan salah urus pun kita kena tanggung. Jadi majikan, kena faham hati pekerja, kena jaga hati pelanggan. Tetapi siapa nak jaga hati majikan?

Bila sudah ada bisnes, majikan kena cari pekerja. Bila ada pekerja, majikan kena jaga pekerja. Bila tak ada job, majikan pening kepala. Bila banyak job sekali sekala, pekerja minta gaji lebih.

Tetapi ramai tak tahu yang majikan kena fikir, mana nak bayar bank, bayar sewa, bayar gaji pekerja, fikir macam mana nak besarkan empayar bisnes.

Kerja majikan, cari kerja. Kerja pekerja, kerjakan apa kerja yang majikan cari. Kerja sebagai majikan nampak senang tetapi pening. Kerja sebagai pekerja, berpeluh satu badan, balik rumah tiada tekanan.

Kasihan majikan2 ini, banyak makan hati dari makan nasi. Kalau tiada jualan atau kerja, pekerja kata produk kita tak ada orang nak beli. Kadang-kadang bila pekerja buat salah sehingga menyebabkan pelanggan marah, majikan juga yang kena. Hutang pula keliling pinggang, semata-mata nak carikan rezeki orang. Kasihan majikan, siapalah nak kasihan pada mereka ini.

Masa hari kerja, majikan kena kerja. Masa pekerja boleh cuti, majikan pun kena kerja. Orang kata, “Takpe, itu kan dia punya.”. Kasihan majikan2 ni, tak pasal kena jadi superman, tak boleh buat salah. Orang lain salah tak mengapa, majikan kena maafkan.

Sekian.
Terima kasih.

– Maria

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close