Santau Makanan

loading...

As’salamualaikum kepada pembaca fiksyen shasha. Mungkin ini kisah pertama yang saya hantar kepada fiksyen shasha. Harap diterimalah. Penat jari saya menaip. Haha. Maaf atas segala kekurangan ataupun cerita saya kurang menarik. Saya Muaz, umur saya sekarang 20 tahun belum genap 21. Saya asal sibu, sarawak. Saya belajar ruqyah pada umur saya 17 tahun. Jadi ingin saya kongsikan satu kisah tentang pesakit saya yang terkena santau makanan. Kisah ini bermula pada umur saya 18 tahun. Pada 16/6/2014 saya dihubungi oleh seorang perempuan yang bernama Maisara. Nama pesakit sebenar saya ubah supaya tidak mengaibkan. Maisara menyatakan kepada saya bahawa dia ingin diruqyah untuk sekadar “discan”. Jadi saya pun telah menetapkan tarikh rawatan 18/6/2014 di pusat rawatan bandung. Saya juga bertanyakan tentang apa yang dia alami dan saya meminta supaya dia membuat satu list.

-Gangguan kerap semasa tidur.
1.Mimpi terjatuh ditempat tinggi.
2.Mimpi didatangi orang tua yang tidak dikenali.
3.Mimpi ular hitam.
4.Mimpi menyusukan anak padahal belum berkahwin.
5.Mimpi pusaran air.
6.Mimpi dikejar binatang berwarna hitam.
7.Mimpi hantu.
8.Ketindihan.

-Gejala semasa terjaga.
1.Sering beremosi marah/sedih.
2.Sering mengantuk pada masuknya waktu solat.
3.Sering melihat kelibat.
4.Telinga sering berdesing.
5.Lebih selesa bersendirian didalam gelap.
6.Mandi terlalu lama xtahu apa yang dibuat.
7.Hilang perasaan pada lelaki.
8.Suka melayan perasaan.

Ini yang dia bagi saya masih ingat di dalam otak. Dalam apa yang dia ceritakan. Saya tahu dia mengalami gangguan yang “hardcore”. Sebelum saya meruqyah Maisara ni. Saya pun bersiap sedia la juga untung menentang nya. Seperti biasa, sebelum memulakan sesi rawatan. Saya memberi peringatan kepada semua pesakit tentang pembersihan jiwa. Seperti ini dialog yang saya guna.

“Kepada tuan/puan. Kakak/abg.. Sebelum saya memulakan sesi rawatan. Diminta untuk mengucap 2kalimah syahadah supaya kita berada dalam keadaan yang Islam sebenar. Seterusnya, saya minta supaya redha dan memaafkan segala kesilapan yang telah orang lakukan kepada kalian. Kita manusia yang bukan maksum. Pasti melakukan kesilapan dan tidak terlepas daripada dosa. Bersama2 lah kita beristighfar. Memohon ampun kepada Allah. Supaya Allah meredhai kita. Supaya Allah memberi kesihatan kepada kita. Supaya Allah menyembuhkan kita daripada segala pesakit. Baiklah, apabila sudah selesai. Saya membacakan istighfar diminta supaya kalian untuk menutup mata. Fokus dengan apa yang saya bacakn. Sepanjang saya bacakan ayat2 ruqyah. Maka berdoalah kepada Allah. Supaya mendapat kesembuhan. Supaya Allah menghalau atau menghancurkan segala gangguan yang ada dalam tubuh badan kita.”

Saya beristighfar terus memberi peringatan kepada bangsa2 jin yang mendengar. Yang duduk didalam tubuh badan manusia. Peringatan pertama tentang untuk apa manusia dan jin diciptakan. Kedua tentang azab daripada Allah. Ketiga tentang kebesaran dan kekuasaan Allah. Setelah habis memberi peringatan. Saya mula membaca ayat2 Ruqyah. Dengan pembukaan nya surah Al-Fatihah sebanyak 7kali. Selepas saya membacakan 7 kali. Si Maisara ni mengilai macam pontianak. Saya membacakan Al-Baqarah:255 Maisara mula mengamuk meronta. Agak sukar untuk pembantu saya menahan maisara daripada menyakiti diri nya. Ini dialog saya dan maisara.

Saya: “Keluar kalian kesemua nya bangsa jin! Bertaubat kalian. Kembalilah kepada Allah azza wa jalla! Sesungguhnya kalian bangsa yang lemah! Takutlah kepada Allah!”
Maisara: “Aku tidak akan keluar selagi dia tidak mati! Aku akan musnahkan hidup dia! Aku benci dia! HAHA. Hdownoxbeigtkaonwbvbckjena(bahasa yang tidak difahami sewaktu maisara berbisik).”
Saya: “Apa yang kamu bacakn?! Kamu memanggil tentera kamu? Panggil yang paling sakti yang paling kuat diantara kamu. Yang mengetuai kamu semua. Syaitan laknatullah! Aku tidak akan takut pada bangsa kalian.

Sesungguhnya Allah bersama kami. Bersama dengan orang yang teraniaya! Kamu siapa yang bersama kamu? Askar2 yang lemah. Keluar kalian. Sebelum aku menyiksa kalian kesemua nya dengan izin Allah!” terus saya membacakn ayat2 Ruqyah tanpa henti dan menekan “spot pressure(titik kelemahan jin)” di telapak kaki.
Maisara: “Sakit ustadz! Ampun! Ampun! Ustadz kuat. Saya tidak bisa melawan. Saya keluar ustadz.”
Saya: “iaa. Keluar kesemuanya! Saya tidak berkrompomi pada bangsa kamu! Keluar lah tanpa syarat. Bertaubat kepada Allah! Sebelum Allah menghancurkan kamu satu persatu!.” melihat maisara menangis.

Saya terus melaungkan azankan ditelinga kanannya. Nampak nya Maisara muntah. Banyak muntah nya. Saya pun tidak tahu apa isi kandungan nya. Nampak macam pelik dan berbau busuk. Sampai sekarang saya ingat macam mana bau tu. Setelah selesai semua dengan pesakit. Saya memberi peringatan lagi kepada pesakit. Tentang amalan untuk mendapat kesembuhan.

1.Solat 5waktu, tahhajud dan sebagainya.
2.Sentiasa membaca atau mendengar ayat AlQuran.
3.Sentiasa berzikir kepada Allah.

Balik daripada pusat rawatan. Maisara pun menghubungi saya melalui aplikasi whatsapp.

Maisara: “As’salamualaikum ustadz, terima kasih kerana sudi merawat saya. Sekarang badan saya terasa ringin. Alhamdulillah ustadz.”
Saya: “Wa’alaikumusalam. Alhamdulillah. Jangan panggil saya ustadz. Hehe. Saya cuma pelajar biasa. Guru saya baru ustadz. Panggil saya muaz. Syukur dengan apa yang Allah beri kenikmatan untuk mendapat kesembuhan. Jangan lupa amalan yang saya suruh lakukan.”
Maisara: “Ya muaz. In shaaAllah. Sekali lagi terima kasih ustadz.”

Setelah setahun berlalu. Maisara menghubungi saya lagi kerana telah mendapat gangguan yang teruk.

Maisara: “As’salamualaikum muaz. Saya terkena gangguan lagi. Solat dan amalan2 yang muaz suruh. Saya dah buat. Tiada satu pun yang saya tinggal. Tapi kenapa saya dapat gangguan balik?”
Saya: “Wa’alaikumusalam. Ini pasti ada yang kamu terlepas pandang. Pasti ada hikmah disebalik yang Allah beri.”

Maisara: “ya muaz. Betul. Kalau boleh saya nak buat rawatan. Lagi satu saya ada mimpi teruk.”
Saya: “Baiklah ceritakan kepada saya. Apa yang kamu mimpi dan apa yang kamu alami.”
Maisara: “Muaz. Saya mimpi dirogol sebanyak 5 kali. Pertama kali saya dirogol diatas katil didalam sebuah bilik. Saya cuba lawan tapi tak dapat. Saya dirogol oleh 3 orang tua yang berumur dalam lingkungan 40 lebih keatas. Lepas mereka rogol saya. Mereka lepaskan saya dalam keadaan berbogel.

Saya lari sekuat hati sampai didalam satu semak. Saya bertembung dengan mereka bertiga. Saya cuba lari tapi saya lekat. Mereka rogol saya buat kali kedua. Selesai mereka rogol saya. Mereka lepaskan saya. Saya lari disatu bukit. Ya Allah. Kali ketiga saya dirogol. Saya menangis tak tahu nak buat apa. Lepas mereka rogol saya. Mereka tolak saya dari bukit. Saya jatuh bergoleng. Sampai saja dibawah mereka rogol saya untuk kali keempat. Mereka lepaskan saya. Saya lari2 sampai disebuah kampung.

Dengan harapan tidak bertembung dengan mereka bertiga. Saya nampak banyak orang kampung. Saya rasa selamat. Sangkaan saya salah! Orang tua gila datang tarik saya masuk ke dalam van. Mereka rogol saya di dalam van buat kali kelima. Mereka lepaskan saya. Saya menangis, saya jadi lemah. Datang seorang tua perempuan berjubah putih dan memberi saya kain untuk menutup badan sambil berkata ” Maisara, kuatlah. Pergi berubat dengan ustadz muaz. Kamu akan sembuh tak lama lagi. Saya pun menangis teresak2. Terus saya terkejut daripada tidur badan saya melekit dan berbau.

Badan saya sakit. Bahagian kemaluan saya sakit. Di paha saya banyak kesan lebam. Tekak saya sakit. Seminggu saya demam. Batuk bedarah. Sebulan dah saya mimpi yang sama. Cuma saya tahan cuba lawan akhirnya saya kalah.”

Saya: “ya Allah, sabarlah dengan apa yang kamu hadapi. Sesungguhnya ada kenikmatan selepas kedukaan. Kamu ada makan makanan yang diberi orang? Yang kamu tidak tahu akan sumber nya?”
Maisara: “ya Allah, saya suka makan. Asal orang bagi makanan ja saya telan. Semua saya telan. Kenapa ya muaz?”
Saya: “Allah, buang tabiat tu. Xbagus. Dari apa yang saya tahu dan pengalaman saya. Kamu ada sintom2 terkena santau dari makanan. Lepas ni, kalau ada orang beri makanan baca ayatul Qursi sebanyak 3kali lepas tu tiup pada makanan yang diterima. Hati2.”
Maisara: “baiklah muaz. Saya akan berhati2. Bila buat rawatan?”

Saya pun menetapkan tarikh untuk rawatan sekian2 di rumah pakcik Maisara. Rawatan berlansung seperti biasa. Maisara menunjukkan aksi2 yang ganas. Seperti hendak bersilat. Namun saya menenangkan diri saya. Dan yakin kepada pertolongan Allah.Dalam masa yang sama saudara Maisara 5 orang tumbang sekali gus semasa saya membacakan Ayat2 Ruqyah. Cuma saya seorang perawat. Pembantu saya sibuk tak dapat bersama saya. Namun saya teruskan rawatan kerana hendak menolong orang.

Setelah selesai membaca. Saya ruqyah seorang demi seorang kerana kesemuanya kerasukkan. Ada yang diganggu saka, diganggu “jin cinta”, diganggu jin dari buluh perindu yang saya bahaskan semalam, terkena sihir dan Maisara seperti yang kita tahu dia terkena santau makanan. Saya sattle kan jin yang nampak lemah dahulu. Sampai yang keempat saka. 2 jam saya meruqyah nya. Last sekali, Maisara.

Saya cuba untuk berinteraksi pada jin di dalam badan Maisara. Namun, dia mengeluarkan bunyi ular sahaja “shhhh..shhhhh..” sambil bergerak seperti ular serta menghentak kepala maisara di atas lantai. Saya berinteraksi bukan saja2. Tapi kerana untuk mendapat pengetahuan. Maisara pesakit terkena santau yang saya rawat. Ini pula dialog saya dengan jin dalam badan Maisara.

Saya: “Wahai bangsa jin! Apa yang kamu ingin kan? Kenapa kamu mengganggu hamba Allah ini?”
Maisara: “shhhhhh..shhhh..”
Saya: “Jangan berpura2! Saya tahu kamu mampu menjawab. Jawab! Lebih baik kau jawab sebelum aku tumbuk di bahagian perut! (acah jaaa.. Takda nak pukul pun..)
Maisara: “Arghh! Bodoh! Jangan kacau aku! Aku tak kacau kau! Pergi mampus! Tuan aku suka dia. Aku pun suka dia. Tapi dia taknak. Sebab itu dia sakit.”
Saya: “Aku tak kacau kau. Kau yang kacau manusia. Darimana kau masuk?”
Maisara: “Aku masuk dari mulut. Dia makan makanan yang tuan aku beri. Dari sana aku masuk. Aku nak buat dia mati. Aku suka dia! Biar dia mati! Takkan ada siapa yang memiliki dia! Hahahahahahaha.”
Saya: “Hanya Allah yang mampu mematikan makhluk.”
Maisara: “aku kuat! Aku kebal. Kau takkan dapat lawan aku.”

Lalu saya membacakan surah Al-Hasyr dan meniup nya ditelapak tangan. Saya meletakkan tangan di leher Maisara seperti hendak menyembelih. Ini cara saya menakutkan bangsa jin supaya mereka melihat kekuatan Allah. Maisara berbunyi seperti kena sembelih setelah saya meletakkan tangan di lehernya.

Maisara: “urghh. Erkk. Apa kau pakai! Kau dapat lawan aku. Tidak mengapa. Nanti ada yang lebih kuat akan masuk yang mampu menandingi ilmu kamu.”
Saya: “Ini adalah kekuasaan Allah. Sakit? Sikit jaa Allah bagi. Belum azab di akhirat kelak. Kembalilah kepada Allah jin yang kafir! Saya tidak mempunyai kuasa. Ini atas pertolongan Allah dan kasih sayang Allah kepada hamba nya yang teraniaya.”

Jin yang pertama pun keluar. Masuk jin lain pula. Entah apa yang dia bebelkan saya pun tidak ingat. Masa tu saya memang dah penat sangat2. Saya cuba kuatkan diri. Maisara asyik meronta2 menyakitkan diri sendiri. 5orang lelaki badan besar pun tidak mampu menahan nya. Apatah lagi saya yang berbadan kecil comel. Haha. Saya ambil sejadah lalu saya pukul di perut maisara. Berulang2 kali saya guna teknik tu. Alhamdulillah. Dengan izin Allah. Keluar 3 jarum dari mulut maisara. Lepas tu ada banyak rambut yang halus berikat keluar dari mulut. Maisara mengadu kesakitan di bahagian kemaluan nya. Ada benda yang keluar. Dia pergi ketandas ada 2 jarum keluar dari kemaluannya. Saya tengok jam. Allah pukul 4 pagi dah. Tak terasa sepanjang meruqyah maisara seorang. 5jam saya ruqyah dia seorang.

Setelah selesai merawat maisara. Saya pun segera pulang ke rumah untuk berehat. Pada jam 2.45 petang maisara menghubungi saya di aplikasi whatsapp.

Maisara: “As’salamualaikum. Muaz, saya ada perkara yang hendak diceritakan.”
Saya: “Wa’alaikumusalam. Taffadhol(dipersilakan) Maisara.”
Maisara: “Tadi ada seseorang yang menghantar pesanan di telefon bimbit saya. Bunyi nya sangat marah. Saya takut muaz. Dia mengancam saya. Saya pun tak tahu dari mana orang tu dapat nombor telefon saya”
Saya: “erk? Ceritakan.”
Maisara: “dia kata macam ni muaz. “Berani kau pergi berubat! Aku takkan lepaskan kau. Siapla kau balik asrama nanti. Aku akan tunggu kau. Aku rogol kau nanti.” saya takut muaz. Sekarang saya taktahu nak buat apa.”
Saya: “Tenang Maisara. Saya akan mendapatkan bantuan untuk kamu.”
Maisara: “Bagaimana muaz? Tolong saya yaa.. Saya takut nak buat laporan polis..”
Saya: “Ya.. In shaaAllah saya bantu.. Saya akan menghubungi pekida di sibujaya. Supaya mengawasi ditempat asrama kamu.”
Maisara: ” terima kasih banyak2.”
Saya: “sama2.. Minta juga pertolongan kepada Allah. Jangan lupa.”

Saya orang biasa2 sahaja. Jangan salah faham saya bukan pekida pintu merah. Saya gunakan apa yang ada dengan sebaiknya. Bukan untuk perkara yang buruk. Bukan untuk jadi gangster. Saya memang menghubungi adik beradik pekida dan menyatakan hal ini. Mereka pun tidak keberatan untuk membantu. Tapi saya tidak mengarahkan mereka untuk ke asrama Maisara. Cuma untuk langkah berjaga2 saya suruh mereka bersedia. Dalam perkara ini saya berlawan dengan bomoh melalui fikiran.

Saya letakkan mindset saya untuk turun berperang dengan bomoh bersama2 dengan adik beradik pekida. Sebab saya tahu pasti bomoh menghantar “perisik” nya untuk mengawasi saya. Jadi saya telah bersedia melalui sikologi. Siapa pernah menonton movie “Oujia Board 2 (origin of evil)” mesti faham apa yang saya maksudkan. Berlawan melalui sikologi. Berbalik kepada Maisara. Selepas beberapa jam dia memberitahu perkara itu tadi. Dia pun menghubungi saya balik.

Maisara: “Muaz. Orang tu marah. Dia tahu saya minta pertolongan dengan kamu. Dia cakap dia tak takut pun dengan geng2 kamu. Dia kata dia batalkan niat nak merogol saya. Mungkin hari lain dia akan datang.”
Saya: “ya, saya tak minta bomoh tu takut dengan saya. Saya cuma hamba Allah yang biasa. Yang lemah. Tiada apa2.”
Maisara: “terima kasih banyak2 muaz. Saya banyak menyusahkan kamu.”
Saya: “sama2. Saya akan bantu selagi apa yang mampu. Selagi saya hidup. Selagi itu saya akan bantu pesakit saya. Amalan kamu saya minta tolong jangan tertinggal.”
Maisara: “ya muaz. Semalam saya mimpi berada di sebuah tasik. Di tasik itu saya melihat banyak pusaran air yang besar. Dan sebenarnya saya kenal lelaki tua yang merogol saya dalam mimpi tu. Dia kawan ayah saya. Ketiga2 mereka sukakan saya. Pernah merisik saya. Tapi saya tolak. Saya taknak berkahwin dengan orang tua. Dah ada isteri dan anak pulak tu. Sebab tu saya tolak. ”
Saya: “ohh.. Takapa. Jangan difikirkan sangat pasal mimpi dan orang tua tu. Fokus pada amalan kamu supaya kamu cepat sembuh”
Maisara: “baiklah muaz. Ditempat kerja pun saya sering melihat mereka bertiga. Saya tak tahu apa mereka nak. Ada sekali saya dibagi air oleh orang yang tak dikenali. Saya cubalah buat apa yang muaz ajarkan. Baca Ayatul Qursi 3 kali hembus pada air. Saat saya nak meneguk air tu. Terasa seperti renjatan elektrik di telapak tangan saya. Terus jatuh air tu.”
Saya: “Jaga diri awak baik2. Alhamdulillah. Allah jaga kamu. Sebab kamu meminta pertolongan kepada Nya.”

Perbualan kami di aplikasi whatsapp pun terhenti disana. Setelah sekian lama Maisara menghilang tidak menghubungi saya lagi. Saya pun anggap dia dah sembuh. Tapi sangkaan saya salah. Baru ja terfikir sikit Maisara pun menghubungi saya. Mengadu sering bermimpi disimbah dengan cecair putih. Sering bermimpi dikejar babi hitam. Maisara minta dirawat. Dengan harapan saya ini adalah rawatan terakhir saya dengan Maisara. Kali ini saya nekad untuk berkeras untuk menghalau gangguan pada Maisara. Saya pun dah tak ingat apa yang berlaku semasa rawatan saya yang terakhir ni. Yang saya ingat saya diludah dengan airliur yang berdarah. Maisarah muntah darah dan rambut yang banyak. Selepas rawatan tersebut Maisara bermimpi.

Maisara: “Muaz, saya mimpi orang tua bertiga tu muntah darah. Seperti apa yang saya alami. Mereka muntah darah mereka terus mati dalam keadaan yang aneh. Selepas mimpi tu saya rasa badan saya ringan. Tiada mimpi pelik2 lagi. Alhamdulillah saya dah bebas. Terima kasih banyak2 muaz.”
Saya: “Alhamdulillah baguslah. Jangan seronok sangat. Dah sembuh jangan pula lupa pada amalan kamu. Berterima kasihlah kepada Allah diatas kesembuhan yang Dia beri. Tinggalkan perkara yang tidak bermanfaat.”

Berakhirlah kisah saya merawat Maisara. Sekarang Maisara hidup aman dan damai. Saya mendapat maklumat. Maisara lambat sembuh kerana dia mempunyai sifat mencintai sesama jantina “lesbian”. Alhamdulillah dia telah kembali ke pangkal jalan. Semuanya adalah petunjuk daripada Allah dan kerana sayangnya Dia kepada HambaNya. Allah takkan menguji hambanya tanpa sebab. Segala kekurangan datang nya daripada saya dan segalanya ditakdirkan Allah kepada saya untuk berkongsi pada semua. Terima kasih kerana sudi membaca kisah saya yang serba kekurangan. Ambil lah pengajaran dan ilmu yang bermanfaat untuk kamu. Bangkitkan generasi yang bertauhid! Berkeyakinan hanya kepada Allah. Menimba ilmu yang berlandaskan AlQuran dan Sunnah. Sekian terima kasih. Muaz, “Bersihkan Aqidah,Hidupkan Sunnah.”

The post Santau Makanan appeared first on Fiksyen Shasha.

Share on Google Plus

1 comments:

  1. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    ReplyDelete

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close