Baru 3 Jam Berkahwin. Lelaki Ini ‘Diceraikan’ Kerana TAMAK !!!

loading...

Baru 3 Jam Berkahwin. Lelaki Ini ‘Diceraikan’ Kerana TAMAK !!! | INDIA – Seorang suami diceraikan tiga jam selepas berkahwin dan kepalanya dicukur sebagai hukuman, selepas isterinya mendakwa lelaki itu tamak dan telah berkahwin dengan lelaki lain pada hari yang sama, lapor Daily Mail.

Rubana Parveen, 18, berkahwin dengan Muntaj Ansari, 26, pada pagi Rabu di kampung Chandwa, barat India.

Namun selepas selesai perkahwinan yang dilangsungkan mengikut adat muslim itu, pemandu beca roda tiga (auto) itu mula menuntut mahar yang besar dan berkeras mahu membeli sebuah motosikal mahal.

Bapa pengantin perempuan, Bashir-ud-din Ansari, 58, yang memiliki sebuah hotel bagaimanapun telah membelikannya sebuah motosikal, tetapi Muntaz tidak berpuas hati dan meminta dibelikan motosikal jenama yang lebih bagus.

“Orang ramai meminta pengantin lelaki bertenang dan memujuknya menerima motosikal yang diberikan itu. Tetapi dia terus mengugut mahu keluar rumah tanpa isterinya.

“Pengantin lelaki dan bapa Rubana bertengkar dan keadaan menjadi tidak terkawal dan memalukan,” kata saksi.

Pengantin perempuan, Rubana kemudian mengambil keputusan untuk menghubungi Tok Kadi, dan dengan sokongan kesemua ahli keluarganya,  Rubana membatalkan perkahwinan itu dan sekaligus ‘menceraikan’ suaminya.

Bashir-ud-din berkata, beliau akan memastikan keluarga Muntaz mengembalikan kesemua hadiah dan mas kahwin yang telah dibayar.

Malu dengan kejadian itu, keluarga Muntaz menulis surat dan memohon maaf serta berjanji akan memulangkan kesemua barangan yang dipinta.

Penduduk kampung yang berang dengan perangai Muntaz kemudian menghukumnya dengan menggantungkan kasut dan kertas tertulis, “Saya tamakkan mas kahwin”. Malah, rambutnya turut dicukur, termasuk abangnya yang turut dikenakan hukuman sama.

Tidak beberapa lama kemudian, Bashir-ud-din, bapa kepada empat orang anak itu, mengatur perkahwinan untuk anak perempuannya dengan lelaki lain.

Beliau menghubungi keluarga Mohammed Elias, 25, dan merancangan perkahwinan mereka pada petang pada hari yang sama. Pada sebelah malam, perkahwinan mereka berjalan dengan lancar mengikut apa yang telah dirancang dalam masa yang singkat itu.

“Saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku. Saya gembira anak perempuan saya tidak perlu menghabiskan masa bersama lelaki tamak itu.

“Dia bersyukur yang dia akhirnya telah berkahwin dan saya merestui hubungan mereka berdua,” katanya.

P.S. 1 – Kisah Sultan Muhammad V Xdapat Masuk Restoran Kerana Penuh. Apa Yg Berlaku Selepas Itu MENGEJUTKAN !!!
P.S. 2 – PELIK. Anjing Ini Tiap² Malam Tenung Pemiliknya Sehingga Lelaki Itu Tidur, Selepas Disiasat Rupa²nya…
P.S. 3 – Ibu Meninggal Dunia Tiada Siapa Jaga Adik Kecil. Kerana Xmahu Ponteng Ini Yang Abang² Lakukan !!!
P.S. 4 – “Saya Selalu Bawa Bekal Makan Tepi Kubur Isteri Saya”. Kisah Cinta Sejati Lelaki Ini Dengan Arwah Isterinya MENYENTUH HATI !!!
P.S. 5 – GERAM. Tergamak Si Anak PAKSA Ayah Buat Loan Dan Ambil Duit Pencen Ayah !!!

The post Baru 3 Jam Berkahwin. Lelaki Ini ‘Diceraikan’ Kerana TAMAK !!! appeared first on HARIAN METRONI.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close