Tidur Dengan Lampu Terbuka Boleh Menyebabkan Penyakit… Fakta Ni Yg Akan Membuat Anda Terkejut!!!

loading...

Tidur Dengan Lampu Terbuka Boleh Menyebabkan Penyakit… Fakta Ni Yg Akan Membuat Anda Terkejut!!!| Sudah berapa kali anda tidur dengan lampu terbuka, ataupun tertidur semasa menonton TV lewat malam, tidak pun menggunakan komputer sebelum tidur? Salah satu faktor untuk mendapat tidur yang berkualiti dan mengekalkan biological clock anda adalah dengan tidur dalam tempat/keadaan yang gelap. Sekiranya anda terlalu banyak terdedah kepada cahaya semasa tidur, ia adalah amalan yang tidak sihat.

Terdedah kepada cahaya akan meransang saraf di mata ke otak yang mengawal hormon, suhu badan dan beberapa fungsi yang lain – ia memberikan kesan kepada bagaimana badan kita akan rehat dan bekerja. Terlalu banyak cahaya, sebelum kita masuk tidur boleh mengganggu kualiti tidur anda. Bahkan, berdasarkan satu kajian, mendapati bahawa terlalu banyak terdedah kepada kitaran cahaya boleh menjejaskan kesihatan, termasuklah meningkatkan risiko kemurungan. Pada siang hari, dapatkan cahaya yang mencukupi.

Pada malam harinya pula, kurangkan pendedahan anda kepada cahaya. Buat rutin untuk tidur, agar dapat kurangkan terlelap di hadapan TV atau lupa untuk matikan lampu. Sebaiknya, anda berhenti daripada menggunakan sebarang peralatan elektronik seperti komputer, laptop, smartphone, tablet dan sebagainya 30-60 minit sebelum masuk tidur.
Peralatan elektronik tersebut mengeluarkan cahaya yang boleh mengganggu kualiti tidur kita. Dapatkan tidur yang berkualiti sangat penting untuk semua orang, terutama kanak-kanak, kerana ia memberikan impak yang nyata kepada proses pembesaran mereka.

Kenapa Tidak Boleh Tidur Dengan Lampu Terbuka? Perlu Tidur Dalam Gelap? Bilik tidur zaman sekarang dipenuhi dengan lampu, agar ia kelihatan lebih cantik dan menawan. Apa yang tak kena dengan perkara ini adalah pendedahan kepada cahaya berlebihan (terutama semasa tidur) boleh menyebabkan kepada beberapa masalah kesihatan. Untuk memahami pendedahan kronik cahaya (chronic exposure) pada waktu malam adalah tidak sihat, kita perlu lihat bagaimana manusia tidur sebelum datangnya teknologi lampu/elektronik.

Manusia sebelum ini terdedah kepada dua jenis cahaya sahaja – cahaya matahari pada waktu pagi dan siang. Manakala cahaya bulan dan api pada waktu malam. Dua jenis cahaya ini sahaja yang memainkan peranan untuk menstabilkan circadian rhythmicity. Zaman sekarang, kita sudah ada artificial lightning at night (LAN), LED, AMOLED dan sebagainya – ia sangat berbeza dengan 2 jenis cahaya yang disebut tadi.Tutup Lampu Sebelum Tidur
Kajian mendapati bahawa tidur dengan lampu terbuka boleh mengurangkan kadar melatonin anda kepada 90 minit, berbanding anda tidur dalam gelap.

Apa yang lagi teruk adalah penggunaan peralatan elektronik sebelum masuk tidur. Kebanyakan peralatan elektronik seperti smartphone, tablet dan komputer menggunakan light-emitting-diode (LED) – jenis cahaya yang boleh mengatasi melatonin. Hal ini kerana melanopson – satu photopigment yang terdapat di dalam sel retina mata memainkan peranan kepada circadian rhythmicity – ia sangat sensitif kepada cahaya biru. Kajian mendapati bahawa cahaya dari skrin komputer (terutama pada waktu malam) boleh mengurangkan kadar melatonin para pelajar. Pada masa yang sama, skrin tablet juga boleh mengatasi melatonin, lantas mengganggu anda tidur.

Kaitan Cahaya dan Kanser? Yang paling sedih adalah apabila gangguan tidur berlaku, ia boleh membawa kepada sesetengah kanser (jangan risau, ini kes paling berat). Namun, ia masih dalam peringkat kajian, kerana para pengkaji tidak mengetahui sebab utama, cuma mereka tahu tidur dengan lampu terbuka dan kanser ada perkaitannya.
Sebagai contoh, kajian yang dijalankan selama 10 tahun ke atas 1670 wanita yang terdedah kepada cahaya lampu sepanjang waktu mereka tidur mendapati bahawa mempunyai 22% risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payu dara – berbanding dengan yang tidur dalam gelap.

Para pengkaji menanggap bahawa perkara ini adalah disebabkan oleh gangguan hormon dan melatonin.
Perkara ini akan menjejaskan orang yang bekerja shift malam. Dalam kajian terkawal, mendapati bahawa jururawat yang bekerja pada shift malam mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser payu dara berbanding dengan jururawat yang hanya bekerja pada waktu pejabat.

Lampu Biru, Kemurungan dan Imun. Terdedah kepada cahaya biru berlebihan terutama semasa tidur telah menyebabkan kemurungan ke atas tikus makmal – perubahan sikap yang ketara adalah mereka tidak lagi suka minum air gula sepertimana mereka suka dahulu. Terdedah kepada cahaya semasa tidur juga boleh mengganggu sistem imun manusia. Biasanya orang yang tidur denga lampu terbuka akan senang rasa pening, loya dan muntah berbanding dengan orang yang tidur dalam gelap.

Hal ini kerana badan kita sebenarnya perlu keadaan yang gelap untuk mendapatkan rehat yang sepenuhnya. Sekiranya kita tidur dengan lampu terbuka, maka kita sudah mengganggu bagaimana badan kita sepatutnya berfungsi. Lantas, mengganggu sistem imun daripada berfungsi dengan baik. Ia Boleh Menyebabkan Penuaan AwalMelatonin mempunyai kandungan antioksida, yang mana memainkan peranan yang penting dalam anti-penuaan. Kajian sudah konklusikan bahwa sekiranya kadar melatonin dalam badan kita terganggu, maka ia boleh menyebabkan kita kelihatan lebih tua – tidak awet muda lagi dah.

Ia Boleh Menyebabkan Masalah Berat Badan. Cahaya pada waktu malam juga boleh membawa kepada kenaikan berat badan, kerana ia akan mengubah jadual waktu makan anda. Tikus makmal yang terdedah kepada LAN, mengalami kenaikan berat badan – walaupun bersenam dan makan makanan yang sama dengan tikus makmal yang lain.

Kesimpulan Secara ringkas, artikel ini menyarankan kita semua agar menutup semua lampu dan berhenti daripada terdedah kepada peralatan elektronik sebelum tidur. Hal ini kerana tidur dengan lampu terbuka bukan sahaja boleh menjejaskan kitaran tidur kita, bahkan boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan pada masa hadapan. Harap artikel ini membantu anda, sila kongsikan artikel ini kepada orang lain di media sosial, kerana masih ramai orang yang tidak peduli akan perkara remeh temeh ini.

Sumber:MadeinUITM

The post Tidur Dengan Lampu Terbuka Boleh Menyebabkan Penyakit… Fakta Ni Yg Akan Membuat Anda Terkejut!!! appeared first on SIAKAP KELL.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close