Moral Down Bila Cakap Soal Kerja

loading...

Assalamualaikum semua. Aku Adli. Aku nak cerita dan actually nak luah perasaan pasal kerja dan kawan. Aku dah habis degree last year. Alhamdulillah sekarang aku dah kerja, bulan mei nanti setahun aku dekat sini. Hehe. Aku kerja bahagian operasi dekat sebuah kilang di Shah Alam.

Kalau cakap pasal kerja bahagian operasi, mesti korang dah tahu kan waktu kerja yang lama. Cuti sure seminggu sekali. Normal lah swasta. Tambah pula kerja aku ni susah gile soal nak apply cuti. Sbb kekurangan staff. Tapi kerja banyak gila dekat unit aku ni. Walaupun aku kerja sebagai Exec. dan kerja dalam office bukan bermaksud waktu kerja aku office hour. Noooo semua tu tidak akan berlaku.

Aku selalu ada masalah tentang masa kerja dan kawan kawan. Actually tak de la isu besar sangat. Tapi kadang buat aku down fikir pasal semua ni. Dorang ni kawan dekat U dulu. Aku bukan la jenis yang tak bersosial, selalu je keluar lepak. Kadang kadang habis kerja pkl 7mlm pun still je lepak kejap. Tapi since kerja sini aku dah kurang ada masa untuk nak berjumpa or nak melepak dengan dorang. Banyak kali aku sentap dengan dorang.

Pernah kawan aku cakap mcm ni:

“kau kerja sampai takde masa kan nak jumpa ktorg, ktorg tengok kau tak kaya pun, kerja bukan main sampai susah jumpa”

“adli baik kau resign je. Kerja mcm apa dah nak jumpa pun susah doh..sabtu pun kau sebuk kerja”

“adli kau still kerja situ ke? Hmmm bila nak cari kerja lain?”

Aku dah macam tak tahu nak jawab ape bila dorg cakap macam tu. Wey tak kan sebab nak jumpa korg, aku kena resign then cari kerja lain?? Aku tahu aku tak dapat kerja yang best macam dorg. Kerja office hour. Boleh balik ontime. Cuti weekend 2hari and gaji besar. Kalau aku kerja macam korang aku boleh je jumpa korang setiap minggu. Setiap minggu lepak. Padahal sebelum ni takde la sampai tak pernah jumpa. Selalu juga lepak cuma bukan setiap minggu. Lagi satu dorg kerja area jauh sikit dengan Shah Alam So kalau off day tak kan setiap minggu nak jumpe dorang. Aku pun ade plan lain juga. Nak rehat. Nak balik rumah family. Even kadang kadang aku off day pun kena datang kerja sbb kena backup kalau ade staff EL or MC.

Last month ada dorg plan nak jumpa nak lepak sebab ade mamber aku ni dah nak fly pergi singapore. Sbb dapat kerja sana. So lepas ni memang akan jarang jumpe. Masalahnya dorg nak lepak hari selasa. Dan dorg semua nak apply AL or nak MC sebab semata mata nak jumpa. Aku dah macam tak tahu nak respone ape waktu tu. Wey tak kan nak apply AL or MC sebab nak jumpa korg. Asal tak lepak weekend je. Hmm dah lah AL aku tinggal 13hari je untuk tahun ni. Aku banyak benda lagi nak buat dengan cuti aku. Nak simpan utk raya lagi. Nak cuti abang aku kahwin hujung tahun nanti. Nak pegi travel lagi. Hmmmm at last aku MC wey sebab nak jumpa dorg. Sekarang aku start rasa down kejap bila bual bual pasal kerja. Actually aku suka dengan kerja aku..aku sayang dengan job ni. Tapi kadang rasa jelous dengan orang lain. Dapat kerja office hour. Gaji basic degree. Kerja pukul 8pg. Pukul 4.45 ptg dah boleh tunggu nak balik. Setiap malam boleh keluar lepak jumpe kawan. Aku ni balik kerja memang fikir nak rehat je. Sebab dah berkicap dekat office hadap pc. Hadap orang sekeliling. Dah la boss aku perempuan. Haha faham2 je la dah kalau boss perempuan.

Apa apa pun aku bukanlah tak bersyukur. Aku bersyukur dapat kerja ni at least berkaitan dengan apa yang aku study masa degree. Cuma kadang kadang terasa nak cari kerja lain, yang banyak masa kat rumah daripada masa kat office. Semua tu bergantung pada rezeki masing2 kan. Yang penting kita bersyukur dengan apa yang ada selama ni.

Btw sekarang aku dengan kawan2 aku still macam biasa. Dorang selalu cakap aku yang aku ni takda life, hidup kau ni memang utk kerja sahaja. Tapi aku tak kisah. Sbb bukan dorang yang nak bg aku gaji setiap bulan. Haha.

– Kawankorang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close