Hasil Didikan Melayu Ortodoks

loading...

Assalamualaikum.
Tq admin jika siarkan.

Aku tertarik dalam seminggu ni tentang isu menantu, mertua dan ipar2. Perempuan la semestinya kan… Tapi aku setakat baca je la. Tak terlintas nak memberi komen. Cuma terlintas di sini ingin berkongsi kehidupan aku serta adik beradik perempuan.

Ye, kami membesar dengan cara Melayu ortodoks. Seawal usia 7 tahun aku dan adik beradik perempuan sudah dikerah untuk membuat kerja2 rumah. Seusia tu mak dan kakak2 aku dah membebel tentang istilah ‘anak dara’. Jadi anak dara jangan pemalas, jadi anak dara jangan bangun tengahari, jadi anak dara kena tahu masak. Jadi anak dara bla.. bla.. bla..

Perjalanan waktu aku membesar tak sama  macam anak2 orang lain yang sekampung dengan aku. Aku, kakak2 dan adik perempuan sama sekali tak dibenarkan berpeleseran di tepi2 jalan, meronda sana sini seperti kebiasaan budak2 sekampung. Biasanya kami hanya dibenarkan bermain selepas habis mengaji di Madrasah kampung. Cuti sekolah Jumaat dan Sabtu sememangnya masa dihabiskan dengan buat kerja2 rumah.

Kalau ikutkan aku ni banyak kena pukul2 dengan mak dan kakak2 bab kerja rumah. Tak buat itu kena pukul, tak buat ini kena cubit. Kalau melawan, lagi la teruk aku dikerjakan. Masa sekolah rendah lagi tu aku dah kena. Kalau ingat balik memang aku gelak sendiri. Ibarat kisah bawang putih bawang merah. Basuh pinggan kalau tak bersih memang kakak atau mak aku humban balik dalam sinki suruh aku basuh bersih2 balik. Mop lantai mesti bilas dua tiga kali sampai air dalam baldi jernih. Selesai guna dapur wajib kena kemas. Kalau nak cerita yang lain2 memang panjang jadinya.

Bab masak pulak mak dengan kakak2 aku asyik ulang ja, jadi anak dara darjah 6 dah kena tahu buat kari. Dan betul, kalau korang nak tahu darjah 6 aku memang dah tahu buat kari ikan. Rempah2 semua aku dah kenal cuma jintan manis dengan jintan putih ja aku kena tunjuk dekat mak aku sebelum aku guna.

Bila aku melangkah je ke tingkatan dua, urusan rumahtangga 100% aku dengan adik aku ambil alih. Kami bahagi tugas. Siapa yang kemas rumah, siapa yang cuci pinggan. Memasak dengan kemas lama kami buat sama2. Sebab kat rumah masa tu cuma ada aku, adik, mak dan ayah. Yang lain2 ada yang dah kawin ada yang dah tinggal jauh.  Mak aku cuma tolong sikit2, kemas laman rumah, perindahkan pokok bunga. Kita orang la bangun pagi buat sarapan untuk ayah bawak bekal ke tempat keja. Mak aku ada jugak buat sesekali. Sebab aku sekolah petang lagi mudah la aku nak kemas rumah, masak semua tu. Pelajaran aku terganggu ke dengan keadaan aku macam ni? Tidak sama sekali. Aku masih mampu meraih kedudukan top 5 dalam kelas, top 50 dalam tingkatan. Rutin aku ni berterusan sampai aku tamat sekolah sebab lepas tu aku sambung belajar ke IPTA.

Apa yang aku dapat hasil didikan mak dan kakak2 aku yang agak ortodoks? Selain orang sekeliling selesa bila berkongsi kediaman semasa zaman bujang, satu lagi manfaatnya bila aku dah kawin. Korang boleh baca link ni.

http://ift.tt/2pbYMpm

Confession tip tawan hati mertua aku yang tulis. Aku ada jugak terbaca komen2 yang minta kalau nak tolong biar berpada2, jangan sampai orang pijak kepala. Entah la. Susah aku nak beri maklum balas. Sebab bila aku buat keja rumah kat umah mertua aku tak pernah fikir pun pasal nak tolong biar berpada2 sebab macam mana aku kat rumah mak aku, macam tu jugak aku kat rumah mertua. Aku tak reti nak tolong ala kadar sebab aku membesar selama 26 tahun dengan cara mak dan kakak2 aku sebelum aku diserahkan pada seorang lelaki melalui satu akad. Jenis aku kalau tak larat, aku akan bagitau aku nak rehat kejap kat ipar2 atau mil aku. Tak ada nak rasa terpaksa ke apa. Kalau dah terbiasa hidup dengan lantai bersih, sinki berkilat, aku tak bole nak ignore benda tu. Aku tetap gatal tangan nak bersihkan. Tapi itu bukan bermakna semua benda kat rumah mil aku pandai2 sendiri. Aku tanya mil aku dulu apa2 hal sebab ni berkaitan dengan adab jugak. Tak boleh main terjah nak selongkar dalam semua hal. Lagipun mil aku duduk sorang2. Masa raya atau kenduri kendara je aku letih kelepet sikit. Tapi tu pun kami ipar2 buat sama2. Kalau setakat sorang dua yang malas nak ‘cara’ hal dapur, aku tak kisah pun. Selalunya time kenduri, ipar2 memang nak aku ada. Aku tak fikir dia orang nak ambil kesempatan ke apa. Memang tak pernah terfikir sebab apa aku buat tak pernah rasa terbeban pun.

Part hubungan aku dengan suami dalam confession tip tawan hati mertua, biarlah rahsia walaupun ada komen bertanya, dah baik dengan mertua, dengan suami still masalah. Tak perlu aku nak cerita berlebihan sebab ni melibatkan aib keluarga jugak. Keluarga suami tetap keluarga aku jugak. Sehingga kini aku masih lagi isterinya walaupun dah tak sebumbung. InsyaAllah, selagi mana aku masih isterinya, menjadi tanggungjawab aku menjaga maruahnya, maruah keluarganya dan maruah aku juga selaku isteri orang yang digantung tak bertali.

Oh ya sebelum aku lupa. Aku sebenarnya ada dua orang abang. Macam biasa didikan Melayu ortodoks, perempuan kena buat keja rumah, lelaki dibiar lepas bermain. Tapi nasib baik la abang2 aku jenis rajin jugak tolong isteri2 kat rumah walaupun masa kecil tak terdidik macam aku dan adik beradik perempuan yang lain. Asyik keluar main bola ja memanjang.
Tapi aku tetap mengambil inisiatif pada anak2 lelaki aku untuk didik dia orang buat kerja rumah yang ringan2 seawal usia 5 tahun. Macam angkat pinggan sendiri lepas makan ke singki. Tolong sangkut baju kat penyangkut yang baru keluar dari mesin, tolong susun bantal sendiri. Bila yang sulung dah umur 6 tahun memang dia sendiri tawar diri nak cuci pinggan, nak kemas meja makan tanpa aku suruh. Bab cuci pinggan kalau anak aku cuci tak bersih, aku akan keluarkan semula dari rak pinggan lepas anak ke depan. Aku tak nak ambil depan2 dan cuci semula sebab takut anak fikir macam tak hargai usaha dia. Tunggu dah lama sikit baru explain macam mana nak bersihkan dengan cara yang betul.

Zaman sekarang dah tak macam zaman dulu. Kalau dulu adat melayu perempuan buat kerja rumah, lelaki keluar cari rezeki. Mana yang adat tu elok la kita ubah dalam menjadikan manusia beradab. Latih anak lelaki dan perempuan jangan sampai ada perbezaan. Didiklah anak perempuan bagaimana untuk menjadi seorang ibu dan isteri. Didik anak lelaki bagaimana untuk menjadi seorang bapa dan suami.

InsyaAllah, kalau berkesan cara didikan, takkan ada isu perempuan atau menantu pemalas, pengotor. Takkan kan ada isu suami cuma tahu mengadap tv, mengadap hp saja sedangkan isteri bertungkus lumus sorang2 buat kerja rumah.

– Kin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close