Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama dan terutama syukur kepada Allah sebab dah buka hati admin untuk pilih tulisan aku.
Nama aku Faizuan, pelajar tahun akhir jurusan kejuruteraan di sebuah universiti yang tak seberapa terkemuka di Eropah. Pada tulisan kali ini, aku nak kongsi sedikit mengenai situasi yang aku alami sepanjang aku hidup sebagai manusia bergelar pelajar berpuluh kilometer dari tanah air ni.
Tajuk yang aku nak sentuh adalah kebersihan.
Oleh kerana aku belajar di sebuah negara yang agak tak seberapa popular, dijadikan cerita, dalam satu universiti ni tak ramai lah rakyat Malaysia yang belajar sekali. Kalau nak dibanding dengan kawan seorang dua yang duduk satu bandar tu seorang diri, aku patut bersyukurlah sebab ada juga rakyat Malaysia lain kat bandar aku ni. Dipendekkan cerita, kami menyewa di rumah yang sama.
Setelah dua tahun aku duduk di rumah ni, bukan sebab nak menunjuk, aku rasa semua kerja aku yang buat. Dari menyental lantai, tandas, dapur, tangga koridor dan macam macam. Dalam rumah ni ada empat manusia yang datang dari satu negara. Tapi tiap hari Jumaat aku seorang je yang akan bersihkan semua jenis ruang kat dalam rumah ni.
Dua orang asyik sibuk dengan permainan komputer. Pagi petang siang malam akan duduk atas kerusi tekan tekan papan kekunci. Kadang kadang ada kawan kawan yang datang jauh sebab nak melawat diorang ni, akhirnya kawan yang datang tu pun kurang dilayan sebab kawan dia ni duduk memanjang depan komputer. Yang lagi sorang pulak aku taktahu dia buat apa dalam bilik dia. Kekadang keluar pun sebab ada kelas atau sebagainya.
Diorang semua ni bijak pandai. Kalau tak, takkan kerajaan saja saja nak pilih diorang ni untuk dihantar belajar kat negara luar kan? Cuma nya dorang ni kurang common sense. Aku pernah keluar dari rumah ni untuk pergi latihan praktikal. Oleh kerana syarikat tu jauh untuk aku ulang alik, terpaksa lah aku pindah dan tinggal di tempat lain selama enam bulan.
Sangat mengejutkan, setelah aku keluar, keadaan rumah sangat tidak terurus. Mangkuk tandas yang kita nak duduk kat atas dia tu, kerak dia warna kuning. Tempat mandi pun berkerak, dapur sangat bersepah. Kasut sana sini, koridor tidak bersih. Dalam rumah ni ada satu lorong yang hubungkan bilik bilik ni (hallway). Aku perhati je, lorong tu bersih dekat bahagian nak jalan je, macam ada lorong. Tepi tepi tu banyak habuk dan sangat kotor.
Aku sebenarnya tak berapa kisah kalau aku kena bersihkan semua tu. Tapi apa yang aku kisah, macam mana satu hari nanti, bila masing masing dah kahwin, dah ada rumah sendiri, dah ada anak bini? Aku tahu rezeki masing masing belum tahu, mana tahu Allah bagi rezeki ada 10 orang gaji. Tapi kalau berdua laki bini, penatnya bini korang nak bersihkan rumah.
Aku ni pun takde lah pembersih sangat. Tapi kita kena fikir lah jugak, Allah bagi akal, bersih itu kan baik. Kalau tak boleh rasa nak bersih sebab Tuhan, jadilah bersih sebab nak jaga penampilan diri.
Namun setelah bertahun duduk sama sama, aku rasa sedikit dukacita lah, sebab aku dah cuba selama ni ajar dorang ni untuk jaga kebersihan melalui kerja kerja pembersihan yang aku buat tiap minggu, akhirnya bila ‘terkeluar’ bilik dan nampak aku tengah bersihkan rumah, dorang cuma mampu ungkapkan: ‘uish rajinnya’
Pernah sekali, aku balik ke Malaysia sebab cuti musim sejuk. Balik ke sini semula, aku dah dapat agak, rumah pasti bersepah dan kotor. Jadi aku pun bersihkan lah semua, terutama dapur. Lepas aku bersihkan lantai dapur, siap lap guna tangan lagi, sental kotoran degil masakan melayu, aku letak lah nota kecil supaya lantai disapu lepas masak. Lepastu, nak dijadikan cerita, aku tolong lah kawan aku serumah ni masak, sebab haritu giliran dia masak. Lepas habis masak, aku sapu lantai. Lepastu dia tanya aku, eh kenapa kena sapu? Bukan kau dah sental ke minggu lepas? Aku dalam hati wakluuuuuuuuuu.
Aku serius, tak kisah langsung dorang ni tak tolong ke apa sebab aku rasa masa aku habis kepada benda berfaedah bila buat benda ni. Tapi yang menjadi masalah, sampai bila dorang nak jadi macam ni?
Jadi, sebagai kesimpulan, aku optimis bahawa dorang ni tak nampak benda ni bukan benda besar padahal kalau kita renung balik, bersihnya umat itu melambangkan bersihnya agama tu. Perlu diambil kira juga, walaupun sepandai atau sebijak mana pun kita, common sense pun kena ada. Tapi yelah, dah 2017 ni, common sense kalau boleh jual kat kedai mesti mahal.
Apapun maaf atas tulisan yang carca merba, cerita bercampur baur takda jalan cerita yang tersusun, sebab tak reti haha.
Tapi yang penting, nak cantik tu bukan kepala otak dengan rupa je, biar semua benda :)
– Faizuan (bi
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
0 comments:
Post a Comment