Behaviorisme

loading...

Assalamualaikum wbt,
Haa, gempak kan tajuk ? Takde benda pun, sebenarnya aku nak cerita jenis-jenis perangai manusia yang aku jumpa sepanjang 3 tahun duduk kat kampus ni.

1. JENIS PERANGAI : KEDEKUT + BERKIRA
KETURUNAN : HJ BAKHIL
Haa, jenis yang macam ni memang aku kurang gemor lah kalau nak mengajak keluar pergi mana-mana sebab dah tahu memang konpem tak bayar duit minyak. Penat dah bacakan troll sentap pasal kena bayar duit minyak kat member jenis gini tapi stil tak paham bahasa jugak. Keadaan menjadi lebih parah apabila manusia ini selalu mintak tolong hantar dia ke sana ke sini dan dibalas dengan hanya ucapan terima kasih. “Aku selalu berharap keajaiban berlaku apabila dia mengucapkan terima kasih maka tangki minyakku akan penuh.” Manusia bergenetik ini juga sangat susah untuk bayar hutang orang. Sampai kena tuntut depan pintu bilik baru la terhegeh nak bayar.

2. JENIS PERANGAI : TAK AMBIL KISAH TAPI MENYUSAHKAN ORANG
KETURUNAN : ANAK RAJA ISKETAMBOLA
Yang jenis macam ni pulak, dia tak ambil port semua benda sebab dia mengharapkan rakan-rakan untuk settlekan untuk dia. Contoh paling simple, nak pergi makan lah. Setiap kali nak keluar makan, kita yang kena tanya dia nak makan tak, nak join makan sekali tak, lapar tak and so on lah. Driver pulak yang kena tanya kan. Ikut hati, aku blah je gi makan sorang-sorang. Tapi kalau tak tanya, kau akan dianggap sangat kejam oleh manusia sekeliling kerana tidak mengambil berat tentang anak raja ini. Bila dah ajak nak keluar pulak, kau kena tunggu dia bersiap. Tak lama pun, dalam 45 minit je. Lagi satu perangai anak raja ni, kalau dia nak mintak tolong kau, dia akan cakap last minit dan akhirnya menyusahkan kau.

3. JENIS PERANGAI : SEMBANG KENCANG
KETURUNAN : ANGIN SANGKAKALA
Selalu genetik ni dikira banyak juga la yang ada kat kampus di Malaysia ni. Janji nak gi makan, 5 minit lagi nak keluar tetiba cancel. Sembang nak keluar gi riadah sesama , tiba masanya, cancel lagi. Kalau sekali dua memang boleh terima lagi. tapi kalau banyak kali memang aku tak ajak dah. lepas tu mula laa manusia manusia ini menyalak dan berkata ‘Ajaaaakkkkkkkk’.

4. JENIS PERANGAI : JUAL IKAN
KETURUNAN : DUYUNG
Manusia selfish ni ada di mana-mana. Dia akan mendekati kau untuk meminta tolong dan menunaikan hajatnya. kalau kau tak tunaikan maka bersedialah untuk melihat dia bad mood sepanjang hari dan bertindak pasif dengan kau. tapi kalau kau susah, jangan cari keturunan duyung ni sebab dia akan bagi macam macam alasan untuk tak tolong kau. kalau buat assignment kumpulan pun sama ja, dia akan siapkan bahagian dia je and blah begitu sahaja.

5. JENIS PERANGAI : MULUT LANCANG
KETURUNAN : BURUNG MURAI
Yang ni jangan buat main lah. kalau hati tak kental memang akan nangis bila dia sindir kau. memang ghau ghau pedasnya. salah kau memang dia nampak sangat tapi salah dia, takdak sapa berani tegur. orang macam ni dia akan fikir yang dia selalu betul.

sampai sini dulu kot penulisan ni. sesapa yang ada langkah penyelesaian bila mengadap manusia-manusia perangai camni boleh lah share.

– Wan Peah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close