Personal Branding Dalam Bisnes

loading...

Salam.

Aku adalah seorang yang berniaga yang mempunyai ramai kenalan yang juga terdiri daripada golongan usahawan.

Perniagaan aku boleh dikatakan ‘okay’. Lumrah berniaga kadang2 untung besar, kadang2 untung sedikit dan kadangkala terpaksa menanggung kerugian. Dalam era teknologi maklumat, boleh dikatakan semakin ramai yang berniaga, mengeluarkan produk sendiri dan menggunakan media sosial sebagai medium pemasaran.

Apabila berada dalam ‘circle’ usahawan alaf baru ini, aku perasan ramai antara mereka yang mempunyai ideologi untuk menunjukkan ‘kejayaan’ dan ‘kekayaan’ mereka di media sosial. Bagi mereka itulah adalah perkara yg wajib untuk dilakukan kerana menurut ideologi mereka, seseorang usahawan perlu nampak kaya dan berjaya untuk melariskan perniagaan mereka. Ini dinamakan “personal branding”.

Para usahawan yang mengamalkan Personal Branding ini rata2 mempunyai ‘pengikut’ mereka sendiri di media sosial. Sekali post di FB akan dapat ratusan like dan share. Selalunya posting mereka adalah berkenaan aktiviti2 harian perniagaan dan kehidupan mereka yang menunjukkan kerancakkan perniagaan mereka dan juga kadangkala menunjukkan aktiviti personal mereka seperti minum di kafe mahal, memandu kereta mahal dan bertemu dgn VIP.

Aku sebagai seorang peniaga juga pernah berbuat demikian memandangkan itu adalah tips yg diberikan oleh banyak ‘sifu’ bisnes – nak berniaga kena buat Personal Branding. Akan tetapi apabila semakin lama berniaga dan semakin mengenali ramai golongan usahawan2 Personal Branding ini, aku mendapati bahawa majoriti daripada mereka adalah indah khabar dari rupa. Kadangkala posting, tips2 bisnes mereka jauh tersasar dan langsung tidak menepati keadaan sebenar perniagaan mereka.

Lebih bahaya, ada antara mereka yang rajin memberi ‘tips’ bisnes dan kehidupan walhal sebenarnya ilmu pengetahuan yang mereka ada tidak seberapa dan ‘tips’ tersebut dipercayai dan diikuti bulat2 oleh pengikut mereka dan disebarkan pula secara meluas.

Ada ramai antara mereka ini yang menggambarkan diri sendiri kaya di media sosial akan tetapi realitinya mereka ini hampir tidak mempunyai wang dan berhutang dengan orang sekeliling. Perniagaan pula nampak gempak akan tetapi realitinya perniagaan tersebut menunggu hari untuk rebah. Prinsip perniagaan mereka juga tidak baik kerana tidak ada asas yang betul dan kadangkala menjalankan perniagaan mereka dengan mengenepikan prinsip moral dan agama kerana mereka ini terdesak untuk mendapatkan wang untuk mengekalkan gaya hidup dan ‘status’ yang sering dipaparkan di media sosial mereka. Lebih parah lagi ada antara mereka yang kerap dipanggil memberikan ceramah keusahawanan kepada usahawan2 yang baru bertatih. Terlampau ramai golongan seperti ini yang aku kenal yang mempunyai “nama besar” dan amat terkenal di media sosial.

Setelah aku menyedari realiti ini, aku segera mematikan niat aku untuk turut serta dalam Personal Branding untuk menaikkan bisnes kerana aku khuatir akan cara tersebut yang boleh mengundang perasaan riak, takbur dan menipu.

Aku terpanggil untuk berpesan kepada sahabat2 yang berniaga dan yang baru nak memulakan perniagaan. Hati2 dalam memilih ‘idola’ dan ‘sifu’ bisnes. Selidik dahulu dan dapatkan fakta sebenar perniagaan mereka. Pergi SSM, bayar RM30 (kalau tak silap) dan anda akan dapat laporan prestasi syarikat ‘idola’ anda. Jangan sesekali membuta tuli dalam mengikuti apa sahaja ‘tips’ yang ada di dunia media sosial. Paling terbaik, ikuti idola kita yang agung, Rasulullah SAW dan juga para sahabat baginda dalam menjalankan perniagaan.

Pada yg mengamalkan strategi Personal Branding pula, aku ingin menasihati agar menjauhi sifat takbur, riak dan pastikan segala ‘tips’ yang diberi itu adalah ilmu yang tepat dan benar. Aku juga ingin menasihatkan anda supaya sentiasa merendahkan diri dan tidak memandang rendah pada org lain.

Perniagaan adalah suatu bidang yang cukup mencabar yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang tinggi. Dalam melalui pancaroba perniagaan jangan pula kita terjebak melakukan perkara2 yang tidak sepatutnya yang akhirnya menjejaskan keberkatan pendapatan kita.

Maaf jika menyinggung perasaan sesiapa akan tetapi ini adalah cetusan diri berdasarkan pengalaman aku sendiri yang dah lama aku nak share.

– Osman Aziz

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close