#LadyRed: Condominium Di Puchong 2

loading...

Sebelum ni aku dah pernah ceritakan kisah gangguan yang aku alami masa duduk condo di puchong perdana ni. Kisah yang aku ceritakan tu sebelum aku berkahwin jadi dalam post kali ni aku akan ceritakan pula kisah gangguan yang semakin menjadi-jadi lepas aku dah kahwin.

Seperti yang aku pernah ceritakan sebelum ni, suami aku bekerja sebagai pelaut jadi lepas 3 minggu kahwin dia pun dah kena sign on naik kapal balik. Tiap kali belayar 2-3 bulan juga tempoh dia tiada di rumah. Tapi aku perasan, dalam tempoh selepas aku berkahwin tu, setiap malam tanpa gagal, bila nak masuk je pukul 3 pagi akan ada bunyi anjing menangis-nangis, meyalak yang jenis mendayu-dayu tu. Macam bunyi kena pukul je anjing-anjing tu. Anjing- anjing ni akan berterusan menyalak dan hanya akan berhenti beberapa minit sebelum azan subuh.

Kucing aku pulak si Zoro ni, setiap malamlah dia akan berdiri depan tandas dalam masterbed room aku sambil keluarkan bunyi meow tapi meow yang pelik. Bukan bunyi meow nak mintak makan atau mintak kene belai.Isk. Susah nak terangkan bunyi yang macam mana. Kadang-kadang bunyi macam menderam pun ada. Tapi kalau korang ada pengalaman bela kucing akan paham lah macam mana bunyi dia. Zoro akan intai-intai bawah bilik air aku tiap-tiap malam sampai aku naik rimas tengok dia. Kadang-kadang dia macam main kejar-kejar sorang pun ye jugak lepas tu tenung macam nak terobos dinding.

Suatu malam tu aku terjaga dari tidur nak terkucil sangat. Aku masuk bilik air dan terperasan tingkap tandas terkuak sikit. Macam tutup tak rapat. Aku pun dah pelik, bila masa aku buka tingkap tandas tu? Sebab kan tak tahan, baik lah melepas kan hajat dulu sebelum tercicir. Sedang aku dalam tandas tu tiba-tiba aku dengar suara perempuan menangis. Makin lama makin kuat perempuan tu nangis sampailah bunyi nangis tu macam ada kat luar tingkap tu je. Time tu dah cuak dah aku. Tingkat 14, siapa je nak menangis tepi tingkap aku. Mana sampai kot iye pun. Cepat-cepat aku cabut lari keluar dari tandas terus melompat naik atas katil berkelubung. Serentak tu jugak anjing-anjing mula melolong mendayu-dayu.

Aku cuak gila waktu tu, aku tidur masuk dalam selimut berkubung sambil pejam mata sampai la esok nya. Tertidur aku dalam ketakutan bawah selimut tu. Esoknya, sebab takut punya pasal aku bagitahu kak long aku apa yang aku kena kacau. Mungkin sebab kesian kat aku, kak long aku datang dengan suami dia tolong pagarkan rumah aku. Abang long aku guna biji lada hitam campurkan dengan garam kasar tabur setiap sudut keliling rumah sambil baca surah2 pendinding. Lepas dah selesai tu abang long aku ada beritahu, waktu dia pagarkan dapur aku, dia punya bulu roma meremang sendiri masa pagarkan kawasan dapur. Mungkin sebab tu lah kot aku selalu nampak macam bayang orang berdiri kat pintu dapur sebab tu port dia bila datang singgah.

Sejak kes ni, aku jadikan kebiasaan aku pasang ayat Ruqyah 24jam dalam rumah aku. Sehingga lah suatu hari tu aku terpasang kuat dari kebiasaan. Pukul 11 malam tingkap rumah aku kena ketuk bertalu. Masalahnya tingkat 14 mana ada orang sampai nak ketuk tingkap aku. Mungkin yang ni salah aku lah sebab pasang kuat sampai ganggu dia yang kat luar rumah tu. Tu pasal kena sound dia ketuk tingkap rumah aku bagi warning. Allahu a’lam. Aku agak je. Yang pasti malam tu aku tidur dalam rumah dengan pasang semua lampu.

Terang bederang rumah aku. Akhirnye gangguan ni semua selesai bila kak long aku mintak orang yang pandai berubat tengok tengok kan rumah aku. Orang tu cakap rumah aku ni laluan benda tu. Jadi bila dia melintas tu dia singgah lah sekali menyapa. Seram dengar.. Hahaha. Orang tu ubah kan laluan benda tu terus. Alhamdullilah lepas tu jarang sangat aku kena ganggu dalam rumah tu.

Kat rumah Puchong ni jugak kereta aku hilang kene curi. Sampai sekarang tak jumpa-jumpa kereta aku tu. Manusia yang curi kereta aku tu lebih hantu dari hantu tu. Sekurang kurang nya hantu tu tak ada curi kereta aku bawak lari.

The post #LadyRed: Condominium Di Puchong 2 appeared first on Fiksyen Shasha.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

LIKE,SHARE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close